Set 1 Prosa Pelayaran Penuh Peristiwa
Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti,
kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Mendengar suara itu lanun-lanun
itu mulai gementar. Mereka kenal suara Awang Sulung, “Hai, baru ini kita
kiamat, kita sudah derhaka kepada penghulu kita sendiri dan kepada diri kita
sendiri!” bisik mereka sesama sendiri.
“Ampun Tuanku, patik tidak tahu
bahawa Tuanku rupanya di dalam geliung panjang ini,” sembah mereka
beramai-ramai dengan tubuh yang gementar.
“Beta tidak beritahukan pelayaran
beta pada kalian kerana beta menemani Tuan Puteri Dayang Seri Jawa kembali ke
negerinya. Lagipun beta telah berhutang kepadanya sebanyak dua puluh lapan
rial batu dan emas sejangka tiga untuk melangsaikan hutang beta kepada Datuk
Batin Alam.”
“Ampun Tuanku, janganlah Tuanku
dukacita dengan hutang itu. Sekiranya Tuanku hendak kembali ke Bandar
Mengkalih, biarlah patik isikan geliung
ini penuh sarat dengan rial batu dan emas.”
Mendengar percakapan itu Tuan
Puteri Dayang Seri Jawa tidak tersabar lagi lalu menyampuk,”Wahai tuan-tuan
sekalian, adakah patut orang yang serupa ini berhutang rial kepada patik ?
Sebenarnya dagang yang inilah yang telah menjadi tawanan nya.Dia seorang
pahlawan yang handal.”
“ Kalau begitu,” kata Awang Sulung
pula,” memanglah benar kata adinda itu, kerana kakanda telah menewaskan Tuan
Puteri Dayang Nuramah yang hendak merampas kakanda daripada tangan adinda dan
sekarang hutang pun sudah berbayar , piutang pun sudah diterima, maka
memohonlah kakanda kembali ke Bandar Mengkalih.”
|
(i)
Berikan maksud rangkai
kata isikan geliung ini penuh sarat?
[2 markah]
(ii)
Mengapakah Awang
Sulung tidak menghebahkan tentang pelayarannya?Nyatakan tiga sebab beliau
berbuat demikian berdasarkan petikan di atas.[3 markah]
(iii)
Pada pendapat anda,
mengapakah lanun-lanun begitu menghormati Awang Sulung?Berikan tiga alasan
anda[3 m ]
|
memuatkan kapal layar yang besar
dengan padat
-beliau menemani Tuan Puteri
Dayang Seri Jawa kembali ke negerinya.
-beliau juga berhutang kepada Tuan
Puteri sebanyak lapan rial batu.
-Awang Sulung juga ingin
menyelesaikan hutang kepada Datuk Batin Alam sebanyak emas sejangka tiga.
Awang Sulung merupakan seorang
pahlawan yang handal dan juga seorang anak raja yang merendah diri.
Awang Sulung ialah seorang yang sangat bijaksana dan
mempunyai pelbagai keistimewaan
|
|
keadaan yang
amat cepat, pantas dan sangat laju.
kesemuanya
muntah-muntah dan mabuk.
Hanya terdapat
tiga orang sahaja yang tidak mabuk iaitu Tuan Puteri Dayang Seri Jawa, Si
Kembang Cina dan juga Awang Sulung Merah Muda.
mengingatkan
dengan bahasa yang lembut dan berlapik.
mengadakan
perbincangan dengan cara bertolak ansur.
ika pihak
tersebut masih tidak mampu, boleh dilakukan dengan perjanjian secara bertulis
dan tindakan yang wajar.
|
|
Melihatkan
lanun itu telah pergi, jurumudi segera mencabut kerisnya lalu menikam seekor
ayam lagi, kemudian dengan keris berdarah itu pergilah dia menghadap Tuanku
Nakhoda Tua mengatakan dialah yang telah menyelamatkan geliung itu daripada
dirampas oleh lanun.
Dengan tidak berfikir panjang
lagi, Tuanku Nakhoda Tua percaya dengan kata-kata jurumudi yang palsu itu,
lalu baginda menitahkan Mualim Cik Mas menikahkan puterinya dengan jurumudi
itu.
Apabila jurumudi dan Mualim Cik
Mas sudah sedia di depan Tuanku Nakhoda Tua, masuklah Tuan Puteri Dayang Seri
Jawa dengan geramnya, “Ya, ayahanda, tua
orang tua, berakal; makin tua makin berminyak, tetapi tua ayahanda tua
cendawan makin tua makin busuk!”
Tuanku Nakhoda menjadi tersentak,
“Hai anakku yang tidak tahu dek untung, mengapakah kau berkelakuan demikian
ini di depan orang tua?”
|
(i)
Apakah maksud rangkai
kata tua orang tua, berakal; makin tua
makin berminyak, tetapi tua ayahanda tua cendawan makin tua makin busuk?[
2 markah ]
(ii)
Nyatakan siapakah
“anakanda” dan siapakah “ayahanda” dalam petikan di atas? Apakah penerangan yang dikemukakan oleh
“anakanda” kepada “ayahanda” itu.[ 3 markah
]
(iii)
Pada pendapat anda,
mengapakah jurumudi bersungguh-sungguh hendak memperisterikan Tuan Puteri
Dayang Seri Jawa? Berikan tiga alasan anda.[3 markah
|
seorang yang
telah berusia seharusnya kian bijak dan bertambah cerdik, tetapi bapanya kian
berusia kian tidak berakal
Tuan Puteri
Dayang Seri Jawa, manakala “ayahanda” pula bapanya iaitu Tuanku Nakhoda Tua.
Tuan Puteri menerangkan kepada ayahandanya tentang jurumudi yang berbohong
dengan menegaskan bahawa yang menyelamatkan
isi geliung daripada serangan lanun adalah Awang Sulung Merah Muda,
bukannya jurumudi.
kecantikan Tuan
Puteri tersebut.
Tuan Puteri
juga berketurunan bangsawan dan berdarah raja, dipandang tinggi oleh
masyarakat selain berharta pula.
jurumudi
berhasrat merampas Tuan Puteri daripada Awang Sulung yang tidak disukainya
itu.
|
HIKAYAT OPU DAENG
MENAMBUN
SYAHADAN
sudah tentu muafakat mesyuarat berlima bersaudara serta Inderaguru Tujarapok
dan panglima dan serta dengan juak-juak sekalian, maka naiklah ke
darat Opu Daeng yang berlima bersaudara mengkhabarkan telah selesai muafakat
saudara-bersaudara mengatakan “Adinda Opu Menambun yang hendak beristeri,
jikalau ada ampun serta kurnia.”
Lalu dijawab oleh Sultan, “Pilihlah
anak saya yang bertiga.”
Maka disahuti, “Jikalau ada ampun
kurnia, itulah paduka anakanda Puteri Kesumba dikahwinkan dengan saudara saya
Daeng Menambun.”
Syahadan maka ketika hari yang baik,
bekerjalah memulai berjaga-jaga. Lalu beraraklah kahwin. Serta sudah
pengantin telah sampai tiga harinya, lalu bekerja pula mandi-manda, serta
berarak, kumpulan anak buah sekaliannya seperti orang Bugis dan berserta
orang Matan.
Lalu Sultan Muhammad Zainuddin
bertitah kepada Opu Daeng yang berlima bersaudara minta langgarkan Panembahan
Agung.
Maka bercakaplah sekaliannya orang
Bugis serta mengaruk lalu turun ke perahu bersimpan, berkemas, membaiki
perahu. Serata sampai tujuh hari, mudiklah di Batangan Pawan Sungai Matan.
Serta sampai ke pangkalan negeri
Matan, lalu naiklah ke darat Opu Daeng yang lima bersaudara serta dengan Inderaguru Tujarapok dan
berserta panglima-panglima sekalian, dan serta juak sekalian naik ke darat.
Maka sampailah perang
itu delapan hari. Maka banyak pula orang negeri yang masuk kepada Yang
Amtuan. Maka sampai sebulan perang, menanglah orang Bugis.
Serta selesai daripada pekerjaan
perang, maka dikahwinkannya Opu Daeng Perani itu oleh Yang Amtuan yang baharu
digelar itu; dikahwinkannyalah dengan saudaranya yang perempuan. Maka beranak
seorang perempuan dengan saudaranya Yang Amtuan Raja Kedah itu.
Maka lalu dibayarnya seperti
perjanjian yang lima belas bahara itu. Maka baharu dibayarnya tiga bahara
ringgit, dia berkhabar bertangguhlah dahulu yang selaginya.
Maka menerima yang tiga bahara ringgit
itu, dibahagi-bahagi dengan sekalian dagang yang datang dari Bugis dan dagang
dari Timur wang yang tiga bahara ringgit itu. Kemudian, setelah selesailah
daripada itu, maka bermohonlah balik ke Riau.
Maka lalu berlayarlah serta sampai ke
Riau, baliklah ke rumah masing-masing. Maka lalulah menghadap Yang Amtuan
Riau serta berkhabar perihal ehwal di Kedah.
Telah sudah berkhabar-khabar maka lalu
bermohon balik pulang ke istananya. Dan seperti Opu Daeng Merewah yang
bergelar Yang Amtuan Muda itu, balik ke istananya di kampung Datuk
Temenggung, kerana berbinikan anak Ungku Datuk Temenggung, namanya Ungku
Encik Ayu, beranak dua perempuan dan laki-laki; seorang dinamakan La Mafaunuk
dipanggil orang, timang-t imangannya Encik Unuk.
|
(i) Berikan maksud dengan
juak-juak sekalian[ 2 markah]
(ii)
Berdasarkan petikan di atas, nyatakan adat yang disempurnakan oleh golongan istana semasa perkahwinan Puteri Kesumba dengan Daeng menambun.[ 3 markah]
(iii) Pada pandangan anda, mengapakah kita perlu mengekalkan amalan
bermuafakat dalam masyarakat? .[ 3 marka
(i) Berikan maksud berkhabar perihal ehwal di Kedah . [ 2
markah]
(ii) Apakah
yang dilakukan oleh Yang Amtuan setelah menerima tiga bahara ringgit itu?[3 markah]
(iii) Pada
pendapat anda, apakah faktor-faktor yang menyebabkan kemenangan orang-orang Bugis dalam peperangan tersebut? [ 3 markah
|
dengan segala hamba
raja
-ketika hari yang
baik, bekerjalah mulai berjaga-jaga
-berarak kahwin
-setelah tiga hari,
bekerja pula mandi-manda
-berarak
-supaya kerja yang berat menjadi ringan
-supaya kerja dapat disiapkan dengan segera
-untuk mengeratkan tali silaturahim
-boleh bertukar-tukar idea/fikiran
memberitahu keadaan yang berlaku di Kedah
-membahagikannya kepada dagang yang datang dari Bugis
-membahagikannya kepada dagang yang datang dari Timur
-setelah selesai,mohon balik ke Riau
-senjata yang lengkap
-mempunyai strategi peperangan
-mempunyai semangat juang yang tinggi
-berani menentang musuh
|
Maka berkhabarlah Sultan Adil, “ Silakanlah naik semayam diam di
rumah.”
Maka disahuti oleh Opu Daeng yang berdua bersaudara, “ Sebaiknya,
mana-mana perintah saya semua ikut .”
Kemudian balik ke perahu, lalu
berangkat ke rumah sampai tiga hari. Lalu bersuruhan Sultan Adil menyuruhkan
pangeran-pangerannya serta dengan kiai-kiai orang bertujuh menghadap Opu
Daeng Menambun berdua dengan Opu Daeng Kemasi mengkhabarkan khabar Sultan
Adil salam doa serta takzim; jikalau ada suka Opu Daeng yang berdua
bersaudara diam di negeri Sambas berumah-rumah hendak dikahwinkan dengan
saudaranya perempuan bernama Raden Tengah .
Maka disahuti oleh Opu Daeng Menambun
itu, telah bergelar di Matan Pangeran Emas Seri Negara itu menyahut khabar
pangeran serta dengan kiai-kiai yang bertujuh itu menerima syukur alhamdulillah.
“ Ini ada adik saya Daeng Kemasi, belum
berumah-rumah. Jikalau suka Sultan Adil memeliharakan, saya pun turut
suka juga, sama-sama mencarikannya jalan yang kebajikan. Jikalau ada diberi Allah, diterimalah seperti kehendak Sultan itu.”
Kemudian pengeran serta dengan kiai yang bertujuh itu bermohon baliklah.
Serta sampai lalu menghadap Sultan Adil, mengkhabarkan salam doa takzim
daripada kakanda Opu Daeng Menambun, serta sembah daripada adinda Opu Daeng
Kemasi akan hal seperti perintah duli Sultan itu, diikutilah beberapa syukur alhamdulillah.
Maka
Sultan Adil pun sukalah. Maka tiada berapa lama antara harinya, lalu
dikahwinkanlah Opu Daeng Kemasi itu dengan adiknya yang perempuan yang
bernama Raden Tengah itu.
Serta
sampai tujuh harinya, maka digelarnyalah oleh Sultan Adil Opu Daeng
Kemasi itu Pengeran Mangkubumi di dalam daerah negeri Sambas
|
(i) Apakah
maksud belum berumah-rumah [2 markah]
(ii) Apakah
tindakan pangeran selepas beliau menghadap Opu Daeng Menambun ? [3 markah]
(iii)
Bagaimanakah caranya pemerintah meluaskan empayar
pemerintahannya
tanpa perrtumpahan darah?[3markah ]
|
Belum berumah tangga
menghadap Sultan Adil
mengkhabarkan salam doa takzim daripada kakanda Opu Daeng Menambun
menyampaikan sembah daripada adinda Opu Daeng Kemasi
lalu bersyukur
-menjalinkan persahabatan dengan kuasa besar
-menjalinkan persaudaraan melalui perkahwinan
-mempunyai ketenteraan yang mantap
|
SYAHADAN sudah
tentu muafakat mesyuarat berlima bersaudara serta
Inderaguru
Tujarapok dan panglima dan serta dengan juak-juak sekalian, maka naiklah ke
darat Opu Daeng yang berlima bersaudara mengkhabarkan telah selesai muafakat
saudara-bersaudara mengatakan “Adinda Opu Menambun yang hendak beristeri,
jikalau ada ampun serta kurnia.”
Lalu dijawab oleh Sultan, “Pilihlah
anak saya yang bertiga.”
Maka disahuti, “Jikalau ada ampun
kurnia, itulah paduka anakanda Puteri Kesumba dikahwinkan dengan saudara saya
Daeng Menambun.”
Syahadan maka ketika harij yang baik,
bekerjalah memulai berjaga-jaga. Lalu beraraklah kahwin. Serta sudah
pengantin tgelah sampai tiga harinya, lalu bekerja pula mandi-manda, serta
berarak, kumpulan anak buah sekaliannya seperti orang Bugis dan berserta
orang Matan.
Lalu Sultan Muhammad Zainuddin
bertitah kepada Opu Daeng yang berlima bersaudara minta langgarkan Panembahan
Agung.
|
(i)
Mengapakah Sultan Muhammad Zainjuddin ingin
mengahwinkan Daeng berlima bersaudara dengan anak-anak perempuannya?
( 2
markah)
(ii)
Berikan tanda-tanda menunjukkan keakraban
Daeng berlima bersaudara
( 3 markah)
(iii)
Apakah mesej yang ingin disampaikan
pengarang kepada pembaca berdasarkan petikan tersebut(. 4 markah)
|
akan memanjangkan persaudaraan,
meluaskan kekuasaan,
mengukuhkan kekuasaan atau kerajaan,
menakutkan pihak lawan atau musuh disebabkan dapat
menjalin
hubungan dengan pahlawan yang gagah perkasa.
Daeng lima bersaudara merupakan pahlawan hebat yang
boleh membantu melindungi pemerintahannya
mereka berbincang
adik –beradik sebelum membuat sesuatu keputusan,
Daeng Lima Bersaudara membuat
keputusan secara permuafakatan,
keputusan perbincangan berdasarkan kata
sepakat adik-beradik.
bekerjasama
dalam setiap pekerjaan,
pemaufakatan
akan membawa kesejahteraan,
kuasa-kuasa
luar akan segan kepada negara yang mempunyai kekuatan ketenteraan yang kuat.
|
Maka sampailah perang
itu delapan hari. Maka banyak pula orang negeri yang masuk kepada Yang
Amtuan. Maka sampai sebulan perang, menanglah orang Bugis.
Serta
selesai daripada pekerjaan perang, maka dikahwinkannya Opu Daeng Perani itu
oleh Yang Amtuan yang baharu digelar itu; dikahwinkannyalah dengan saudaranya
yang perempuan. Maka beranak seorang perempuan dengan saudaranya Yang Amtuan
Raja kedah itu.
Maka lalu
dibayarnya seperti perjanjian yang lima belas bahara itu. Maka baharu
dibayarnya tiga bahara ringgit, dia berkhabar bertangguhlah dahulu yang
selaginya.
Maka
menerima yang tiga bahara ringgit itu, dibahagi-bahagi dengan sekalian dagang
yang datang dari Bugis dan dagang dari Timur wang yang tiga bahara ringgit
itu. Kemudian, setelah selesailah daripada itu, maka bermohonlah balik ke
Riau.
|
(i)
Buktikan kebijaksanaan Yang Amtuan menarik minat Daeng berlima bersaudara
menguasai Kedah. Nyatakan dua
bukti.
( 2 markah)
(ii)
Mengapa Daeng berlima bersaudara bersetuju
untuk memerangi Kedah?
(3
markah)
(iii) Pada pendapat anda, apakah cara-cara pemerintah
supaya menarik minat pedagang
asing datang
ke negara kita untuk membuat pelaburan?
( 4 markah)
|
Yang Amtuan Baharu membuat
perjanjian akan membayar lima belas
bahara,
Opu Daeng Perani akan dikahwinkan
dengan saudara perempuan Yang
Amtuan Baharu.
Opu Daeng
Perani diberi jawatan dalam pemerintahan Kedah yang baharu dan kedua, Daeng Lima Bersaudara diberi upah yang
tinggi iaitu lima belas bahara ringgit.
suasana negara
harus aman dan damai daripada anasir jahat,
rakyat serta
pemerintah harus bekerjasama, struktur geografi negara yang baik.
|
DRAMA 1400
SOUD : Sarip tu semua orang tahu. Dolah, rezeki
yang dicari mestilah rezeki yang
halal.
DOLAH : Tetapi, mereka tidak kira halal haram.
SOUD : Mereka, merekalah. Ingat apa tuk guru kata ?
DOLAH : Aku
miskin begini bukan permintaan aku. Aku betul miskin. Kaki aku begini , salah akukah? Tuhan buat setengah, keadaan buat setengah.
Anak tuk penghulu terlepas, aku jadi begini.
SOUD : Manusia jenis kau ni mulia Dolah.
DOLAH : Mulia
dapat apa ?
SOUD :
Engkau tolong orang, Allah tentu tolong kau.
DOLAH : Bila?
SOUD : Dolah, mana imanmu?
DOLAH : Kau
tahu, kerana kaki ini, mesyuarat tak pilih aku jadi wakil? Ada yang berkata, “ Dolah memang banyak berjasa pada kampung ni, tapi
takkanlah nak pilih dia jadi wakil? Wakil capik, malulah kita. “ Ya,
mereka malu. Tetapi, meminta tolong daripada aku tak
malu.
SOUD : Kita
menolong harus kerana Allah, Dolah.
DOLAH : Cuba tengok keadaan aku. Meminang, siapa pun tak mahu. Dahlah capik, miskin pula. Aku hina, Soud.
Tolong sana, tolong sini, bila sampai masa aku, siapa pun tak peduli.
SOUD : Engkau sembahyang, bukan?
DOLAH : Apa ada kena-mengena dengan sembahyang?
SOUD :
Engkau sembahyang tak?
DOLAH : Aku
akan berusaha sendiri, Soud. Kau tengoklah. Dolah
capik ya! Kau tengok Soud, kau tengok.
|
(i) Nyatakan perkara yang menjadikan
Dolah berkecil hati [ 2 markah]
(ii)
Nyatakan bantuan yang boleh diberikan
kepada Dolah untuk meneruskan kehidupan [ 4 markah]
(iii)
Huraikan satu latar masyarakat daripada
petikan dan satu latar masyarakat daripada keseluruhan drama . [ 3 markah]
|
Dia tidak terpilih menjadi wakil
rakyat kerana dia capik
-Orang tidak mempedulikannya
-Peminangannya sering ditolak.
bantuan modal atau subsidi wang untuk memulakan
perniagaan
memberi khidmat nasihat / semangat
memberi bantuan kebajikan
memberi peluang pendidikan
memberikan peluang pekerjaan
Latar masyarakat daripada petikan
masyarakat kampung contohnya kehidupan penduduk kampung
yang diwakili oleh Soud dan Dolah.
masyarakat yang mengabaikan golongan orang kelainan
upaya, contohnya Dolah yang dinafikan
peluangnya untuk memegang
jawatan akibat kecacatan anggotanya.
Latar masyarakat daripada keseluruhan drama :
masyarakat yang kaya raya dan hidup mewah. Contohnya
kehidupan Orang Dikaya Pak Tuan Dolah dan keluarganya.
masyarakat yang
mengamalkan ilmu hitam atau ilmu yang menyimpang daripada ajaran
agama. Contohnya Dolah menemui Tuk Pawang dan membawakan azimat yang diambil
daripada pinggang ibunya untuk diasapkan sambil menyeru nenek-nenek, semangat
dan jin.
|
MAULANA mula meratib dan diikuti oleh mereka yang
di sekelilingnya. Mula perlahan, kemudian kuat dan perlahan balik ; boleh
bergerak.
DOLAH :
(Sendirian).
Apabila kaki tak
capik, bolehlah menari.
Apabila saku penuh
wang, bolehlah bertemasya
Apabila orang
tuan-tuankan, bolehlah senyum
Lidah tidak
bertulang, bolehlah.
MAULANA :
Wahai orang yang beriman, mintalah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan sembahyang, kerana Allah
berserta dengan orang-orang yang
sabar.(Kumpulan bertasbih seperti tadi).
DOLAH : Apabila capik disuruh sabar
Emak sakit dikata takdir
Cakap,cakap,cakap,cakap
Lidah tak bertulang, bolehlah.
MAULANA : Katakanlah kebenaran telah tiba, yang
batil akan hancur, kerana yang batil itu memang
akan lebur.
DOLAH : (Agak nyaring) Tuan, bukalah mata
kepada hal yang sedang berlaku. Yang batil bertambah kuat. Yang batil bertambah
maju.Yang
batil bertambah makmur.
Bukalah mata, pandanglah sekeliling.
MAULANA : Tidak usah pandang sekeliling, tidak usah
buka mata. Tetapi
pandanglah kepada petunjuk
al-Quran, dan bukalah hati. Luruskan pendirian sebagaimana yang
diperintahkan; jangan turut kehendak nafsu (kepada DOLAH). Allah ialah penjamin kepada sekalian orang yang beriman bagi mengeluarkan mereka daripada
kegelapan kepada cahaya. Sesungguhnya
barang siapa yang beriman kepada Allah, maka Allah akan memberikan hidayat dalam
kalbunya.
|
(i)
Berdasarkan petikan di
atas, nyatakan antara tanda orang beriman .
[2 markah]
(ii)
Pada pendapat anda mengapakah seseorang itu
perlu bersabar apabila
menghadapi cabaran?
[3 markah]
(iii)
Huraikan satu persoalan yang terdapat
dalam petikan drama di atas dan satu
persoalan lain
yang terdalam
keseluruhan drama
tersebut.
[4 markah]
|
bersembahyang
meminta pertolongan daripada Allah dengan sabar .
Kita perlu
bersabar supaya :
dapat
berfikir dengan tenang
mengambil
tindakan secara rasional
dihormati
oleh masyarakat
mengelakkan
diri daripada sesuatu yang negatif
mengelakkan
diri daripada sikap terburu-buru
Persoalan
dalam petikan :
Berpegang
teguh kepada agama . Contohnya Maulana sentiasa mengingatkan Dolah agar
bersabar dan meminta pertolongan Allah
Persoalan
dalam keseluruhan drama
Keprihatinan
masyarakat terhadap golongan orang kelainan upaya. Contohnya Soud yang
bersimpati dengan nasib Dolah yang capik.
Persoalan
kehidupan masyarakat yang kaya tetapi sombong. Contohnya Tuan Dikaya Pak Tua
Dolah yang sombong setelah dia menjadi kaya.
|
INTAN SITI RAHIMAH :
Siang tadi Intan ke surau. Orang-orang kampung
masih mengatakan kekotoran daripada kandang
kuda mencemarkan air sungai. Anak-anak mereka sakit-sakit belaka, dan macam-
macam lagi.
PAK TUAN DOLAH
: Itulah dah dikatakan. Intan
jangan ke surau mereka. Mengapa pergi mencemar kaki ke sana?
INTAN SITI RAHIMAH :
Mereka datang sendiri menjemput. Takkanlah Intan tak pergi?
PAK TUAN DOLAH
: Lain kali kata sibuk, tak
usah pergi.
INTAN SITI RAHIMAH : Tetapi mereka ini isteri dan ibu
kepada orang-orang yang bekerja dengan
kita. Mereka besar hati datang menjemput.Itu pun takut-takut pula.
PAK TUAN DOLAH
: Ya, mereka harus takut pada
kita. Jika tidak naik kepala nanti. Intan harus
sedar dengan siapa hendak bercampur gaul?
INTAN SITI RAHIMAH
: Intan sedih melihat keadaan
hidup setengah-setengah daripada mereka. Makanan anjing kita lebih baik
daripada
makanan mereka.
PAK TUAN DOLAH
: Itu salah siapa?
INTAN SITI RAHIMAH
: Sekurang-kurangnya kita
kurangkan anjing-anjing sedikit.
PAK TUAN DOLAH
: Anjing-anjing itu untuk
menjaga Intan; menjaga rumah ini, menjaga kuda-kuda.
INTAN SITI RAHIMAH
: Kuda-kuda pun dijaga dan diberi makan begitu baik.
|
(i)
Apakah maklumat yang
diperoleh Intan Siti Rahimah ketika dia berada surau?
[
3 markah]
(ii)
Pada
pandangan anda, mengapakah Pak Tuan Dolah melarang Intan Siti Rahimah ke
surau ?
[ 3 markah]
(iii)
Huraikan satu nilai kemanusiaan
yang terdapat dalam petikan drama tersebut
dan satu nilai kemanusiaan lain daripada keseluruhan
drama. [ 3 markah]
|
Maklumat yang diperoleh Intan Siti
Rahmah ketika di surau :
- Orang kampung menyatakan kekotoran dari kandang kuda telah mencemarkan
air sungai .
- Anak-anak mereka sakit
Tuan Dolah melarang Intan Siti
Rahimah ke surau :
- Tidak mahu anaknya terpengaruh
- Tidak mahu anaknya bercampur gaul dengan masyarakat bawahan
- Menjaga statusnya sebagai orang kaya
- Tidak mahu anaknya mengetahui keburukan sikapnya.
-
Nilai kemanusiaan dalam petikan:
- Kasih sayang kepada haiwan .
Contohnya Pak Tuan Dikaya Dolah memelihara anjing untuk memastikan
keselamatan kuda peliharaannya / Kuda-kuda peliharaan Pak Tuan Dolah
diberikan makanan yang baik.
- Simpati . Contohnya Intan Siti Rahimah bersimpati terhadap nasib dan
keadaan kehidupan sesetengah penduduk kampungnya.
Nilai kemanusiaan lain dalam keseluruhan
drama:
- Ketaatan . Contohnya Maulana dan Suod
yang amat taat kepada suruhan
dan ajaran agama.
-
Bertanggungjawab.
Contohnya Maulana dan Suod yang sentiasa menasihati Dolah agar tidak mudah
putus asa dan sentiasa bersabar serta berserah kepada Allah.
|
Drama “Gelanggang
Tuk Wali”
SIAK menikam ke
arah RIPIN yang berada di tengah. RIPIN yang memang bersedia terus menangkis
tikaman SIAK. Sundang dilucutkan dari tangan SIAK dengan mudah! Dengan mudah
juga RIPIN membuat kuncian sehingga SIAK tidak dapat bergerak. Beberapa
ketika kemudian RIPIN melepaskan SIAK. Orang tua itu terjelepok di atas
selanggang.
SIAK: Begini rupanya kamu, Wali!
Berlindung dengan kekuatan murid? Kamu sendiri pengecut rupa-rupanya?
TUK WALI: Engkau jangan campur, Ripin! Beri
balik sundang tu kepada dia!
MAK UMI: Udahlah tu, bang! Kenapa bergaduh
macam budak-budak ni!
Astaghfirulalazim!.....Ya Allah! Kenapalah sampai jadi macam ni!
RIPIN: Tuk Siak. Baliklah tuk! Tak
elok macam ni! Bawalah mengucap! Kalau ada masalah,
kita selesaikan cara baik! Cara berunding!
TUK WALI: Dia memang dah lama berdendam dengan
aku, Ripin! Aku tau, sejak aku kahwin
dengan Mak Umi kau, semua yang aku buat tak ada yang betul di mata dia! Tak
cukup umpat fitnah, dihasutnya orang masjid supaya pulaukan aku! Dah lama benar aku menunggu, baru petang ini sampai hajat aku!
MAK UMI: Sudahlah tu bang! Malu kita macam
ni! Udahlah tu! Biar aku pergi dari
sini! Tak mau aku jadi saksi orang-orang dungu bergaduh! Mari Ripin,
hantarkan Mak Umi ke rumah Berahim!
|
(i) Apakah yang menyebabkan Tuk Wali berasa tidak puas
hati terhadap Siak?(2m)
(ii) Pada pandangan anda, wajarkah Mak Umi menjauhkan
diri daripada dua orang yang bergaduh itu? Berikan alasan anda [4 m]
(iii) Nyatakan satu pengajaran yang terdapat dalam
petikan drama tersbeut dan dua pengajaran lain yang terdapat dalam
keseluruhan drama.(3 markah)
|
-
Siak dikatakan
sering menyebarkan fitnah.
-
Siak sering
mengumpatnya.
-
Siak sering menghasut
orang masjid agar memulaukannya.
-
Memujuk kedua-dua
pihak agar berhenti bergaduh.
-
Meminta bantuan pihak
ketiga/pihak berkuasa untuk meleraikannya.
-
Mengajak kedua-dua
pihak berunding secara baik.
(iii) Satu pengajaran yang terdapat dalam petikan
drama
.
-
Kita yang hidup
berjiran hendaklah berbaik-baik dan saling menghormati antara satu sama lain
agar kita dapat hidup dengan harmoni.
Dua pengajaran berdasarkan keseluruhan drama
-
Kita sebagai anggota masyarakat perlulah
berbakti kepada masyarakat dengan ikhlas agar usaha kita mendatangkan
hasil/faedah.
-
Golongan muda
sewajarnya meneruskan perjuangan mempertahankan warisan budaya bangsa seperti
seni silat supaya warisan bangsa itu tidak pupus ditelan zaman.
|
TUK WALI: (Merenung muka RIPIN) Aku ni dah tua,
Mariam, Ripin! Tak daya aku nak berkuat macam dulu.
RIPIN: Kalau
wak penat, biar kami yang mengajar! Tapi, kamimau wak ada dalam gelanggang.
MARIAM: Betul
tu! Kami masih perlu bimbingan wak dalam gelanggang ini!
TUK WALI: Aku terfikir,ada baiknya juga kalau
engkau berdua ambil alih tempat aku.
teruskanlah gelanggang ini. Aku dah tak daya lagi, Ripin.
RIPIN: Mariam,
saya tak tahulah! Tapi saya sendiri memang tak sanggup, wak! Saya belum bersedia.
MARIAM: Kalau
Abang Ripin dah tak sanggup, apa pulak saya, tapi, kenapa tiba-tiba saja wak
tak mau mengajar?Mesti ada silap di mana-mana ni! Kalau saya yang buat salah,
saya minta maaf, wak! Orang muda kadang-kadang terlanjur bila bergurau. Saya
minta maaf,wak!
RIPIN: Saya pun macam tu juga! Kalau ada tingkah
laku saya yang mengecilkan hati wak, saya minta maaf.
TUK WALI: (Berasa
terharu dengan sikap muridnya) Kamu berdua tak ada apa-apa salah dengan aku!
Kamu berdua ni murid aku yang terbaik! Tak perlu minta maaf, Ripin, undang-
undang alam ini cukup mudah
sebenarnya. Semua yang bermula pasti
akan berakhir. setiap sesuatu itu
mesti ada penghujungnya! Untuk diri aku, inilah waktunya. Dah lebih 50 tahun aku mengajar, empat
malam setiap minggu, sepanjang tahun tanpa rehat. Kalau buah kelapa yang aku tanam waktu mula mengajar dulu,
sekarang pokok itu tentu dah tua, atau mungkin sudah mati, tumbang menyembah
bumi. Aku bukan pokok kelapa, Ripin, aku tak sekuat pokok kelapa. Aku dah tak
daya lagi nak teruskan semua ini. Kamu berdualah yang aku harap untuk
teruskan.
|
i.
Apakah alasan Tuk Wali
untuk tidak turun ke gelanggang? [2markah]
ii.
Pada pendapat anda,
bagaimanakah mempopularkan seni silat
tradisional dalam kalangan remaja ?
[3 markah]
iii.
Huraikan satu perwatakan Tuk Wali
berdasarkan petikan dan dua perwatakannya berdasarkan keseluruhan drama.
[4 markah]
|
-
Dirinya tidak berdaya
/ tidak kuat macam dulu
-
Menganggap dirinya sudah tua
-
Dia mahu Ripin dan
Mariam mengambil alih tugasnya
]
-
Ibu bapa menggalakkan
anak-anak menyertai seni silat.
-
Pihak sekolah
mewujudkan kelab atau persatuan seni silat.
-
Kerajaan menganjurkan
pertandingan seni silat di peringkat kebangsaan.
-
Kerajaan mengiktiraf
dan memberikan penghargaan kepada pesilat-pesilat aktif
Satu perwatakan Tuk Wali berdasarkan petikan
-
Tuk Wali sedar dan insaf akan usianya yang sudah tua
dan semakin uzur, iaitu Tuk Wali ingin menyerahkan gelanggang silatnya kepada
Ripin dan Mariam supaya menggantikan tempatnya sebagai guru silat.
Dua perwatakan Tuk Wali berdasarkan keseluruhan drama
-
Tuk Wali seorang yang
berani, iaitu Tuk wali pernah berjuang menentang komunis.
-
Tuk Wali seorang yang
tegas pendirian iaitu dia mempertahankan tindakan dan perkhidmatannya sebagai
guru silat sewaktu isterinya Mak Umi menyampaikan nasihat Imam dan Siak agar
Tuk Wali berhenti daripada bersilat.
-
Tuk Wali seorang yang
pemaaf iaitu Tuk Wali menganggap Ripin dan Mariam tidak melakukan apa-apa
kesalahan dengannya.
|
MAK UMI: Siak
pun ada sama! Nasihat! Macam yang dia pesan pada Abang Ngah minggu lepas.
TUK WALI: Boleh!
Aku boleh duduk di masjid berzikir terus sampai mati! Tapi, orang patah kaki,
urat terkehel tu, siapa nak ubatkan? Budak-budak kilang menjerit histeria
beramai-ramai siapa nak menolong?
MAK UMI: Yang
itu tak pulak disebut! Bersilat dalam
majlis kahwin saja! Kurang manis katanya!
TUK WALI: (Menggantung biola di dinding beranda. TUK
WALI kelihatan tersinggung dan marah.) Dal lebih setengah abad aku
bersilat! Dulu, semua budak muda dalam kampung ini anak murid aku
belaka...Zaman darurat dulu! Aku dilantik jadi ketua mengawal kampung! Dua
kali bertempr di hutan, berkumpul semua orang lelaki perempuan, datang pada
aku belajar silat. Masa itu, apa yang aku buat semuanya baik! Semuanya manis!
Tapi, bila aku dah tua macam ni, tak manis pulak jadinya.
MAK UMI: Kerana
dah tualah jadi tak manis tu!
TUK WALI: Aku
buat benda yang sama jugak! Aku bukan ajar budak-budak tu merompak!
MAK UMI: Jangan
marah saya! Imam yang kata macam tu!
TUK WALI: Apaawak
jawa?
|
i.Mengapakah Tuk Wali marah apabila Mak Umi menyatakan
tentang pesanan Imam dan Siak? (3
m)
ii. Pada pendapt anda, wajarkah Siak dan Imam melarang
pekerjaan Tuk Wali? [3 markah]
iii.Nyatakan satu latar tempat yang terdapat dalam
petikan dan dua latar tempat yang terdapat dalam drama
[ 3 markah]
|
h]
Memintanya agar tidak lagi bersilat di gelanggang.
Usianya sewajarnya
dihabiskan di masjid berzikir.
Perihalnya membantu orang kampung yang patah kaki,
terkehel, dan histeria tidak pula
menjadi teguran Imam dan Siak.
(Berbincang/berunding secara baik dengan Tuk Wali.
Mencadangkan agar Tuk Wali mencari penggantinya.
Menjadikan Tuk Wali sebagai penasihat/pakar rujuk.
Satu latar tempat yang terdapat dalam petikan
-
Di beranda rumah Tuk
Wali, iaitu Tuk Wali menggantung biola di dinding beranda.
Latar tempat
dalam drama
-
Di gelanggang silat,
iaitu Tuk Wali bersilat di gelanggang di depan rumahnya dan berkelahi dengan
Siak di tempat itu.
-
Di dalam rumah , iaitu
Tuk Wali dan Mak Umi bertengkar di dalam rumah.
|
|
|
|
|
|
|
SELAMAT DATANG KE BLOG CIKGU TUM DAN MARI BELAJAR BAHASA MELAYU BERSAMA-SAMA SAYA! TERIMA KASIH.
Bersama-sama memartabatkan Bahasa Melayu dan memperkasa Bahasa Inggeris
Monday, 27 October 2014
LATIHAN KOMSAS TUMPUAN 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Laman Guru Cemerlang
Kecekapan Berbahasa Guru Bahasa Melayu
Dalam abad ke-21 ini, setiap guru Bahasa Melayu sama ada yang mengajar di peringkat sekolah rendah, sekolah menengah mahu pun di institusi pengajian tinggi seharusnya memiliki kecekapan berbahasa yang baik. Selain empat kemahiran asas yang diberi penekanan dalam melahirkan pelajar yang seimbang dari sgei kemahiran berbahasa, guru-guru Bahasa Melayu juga perlu menguasai kecekapan berbahasa antaranya seperti berikut:
Kecekapan berkomunikasi
Kecekapan berhujah dan membidas
Kecekapan berbincang dan mengulas
Kecekapan menyoal
Kecekapan menyatakan dan menghuraikan ilmu pengetahuan dan pendapat
Kecekapan membaca, memahami dan merumus teks
Kecekapan menganalisis dan mentafsir maklumat
Kecekapan membaca dan menaakul pelbagai bahan
Kecekapan membina ayat
Kecekapan menulis
Guru-guru Bahasa Melayu dalam abad ke-21 perlu mempunyai tahap pengetahuan isi kandungan Bahasa Melayu yang baik. Perkembangan terkini dalam kurikulum pendidikan Bahasa Melayu sewajar diketahui oleh setiap guru. Antara pengetahuan isi kandungan Bahasa Melayu yang perlu difokuskan ialah:
Kesediaan guru Bahasa Melayu untuk menyampaikan bahan pengajaran merupakan perkara terpenting dalam pengendalian sesi pengajaran dan pembelajaran. Hal ini bermakna pengetahuan guru Bahasa Melayu tentang isi kandungan Bahasa Melayu merupakan kesediaan terpenting untuk memastikan keberkesanan pengajarannya.
Pengetahuan substantif, iaitu pengetahuan tentang apa yang ada dalam fakta atau konsep yang digunakan untuk menyusun idea dan maklumat tentang sesuatu tajuk dalam mata pelajaran Bahasa Melayu berkenaan. Hal ini bermakna setiap guru Bahasa Melayu seharusnya memiliki pengetahuan substantif ini, terutamanya bagi tajuk-tajuk yang melibatkan isu-isu semasa.
Pengetahuan sintaktik, iaitu pengetahuan tentang cara bagaimana sesuatu perkara itu dibentuk dan dihasilkan berdasarkan prosedur, kaedah dan proses yang melaluinya, sesuatu kebenaran dan pengetahuan baru dapat dibina. Hal ini bermakna setiap guru Bahasa Melayu perlu mengukuhkan kefahaman konseptual pelajar dengan menggunakan contoh, analogi, hujah secara logikal dan berhujah menggunakan asas fakta yang tepat mengikut tahap pemikiran pelajar.
Penguasaan ilmu, iaitu setiap guru Bahasa Melayu perlu menguasai ilmu tatabahasa dan ilmu pedagogi Bahasa Melayu. Pengetahuan isi kandungan subjek yang berkaitan dengan sukatan, sama ada secara langsung atau tidak secara langsung merupakan faktor penentu kefahaman pelajar terhadap apa yang diajarkan oleh guru Bahasa Melayu berkenaan. Hal ini bermakna tanpa menguasai ilmu Bahasa
5 Seminar Bahasa Melayu 2011
Melayu, boleh mengganggu pemahaman dan pengetahuan pelajar tentang tajuk yang dipelajari.
Rumusannya, tahap keberkesanan pengajaran guru Bahasa Melayu banyak bergantung kepada pengetahuan isi kandungan subjek dan kemampuan guru mengurus masa untuk dimanfaatkan sepenuhnya dalam pengajaran. Pengetahuan isi kandungan Bahasa Melayu yang baik juga membantu guru merancang pengajaran harian, mingguan dan bulanan secara sistematik dan bertulis.
Pengetahuan pedagogi mengajar bermaksud setiap guru perlu mempunyai pelbagai pengetahuan berkaitan pedagogi mengajar. Dalam konteks pendidikan Bahasa Melayu, setiap guru Bahasa Melayu sewajarnya memahami dan menguasai pelbagai kemahiran mengajar/pedagogi terkini yang melibatkan kaedah, pendekatan, teknik dan strategi mengajar Bahasa Melayu. Dalam pengajaran, seharusnya pelajar merasai dan dapat memahami bahawa guru Bahasa Melayu mereka seharusnya lebih mahir dan lebih mengetahui sesuatu tajuk yang dibincangkan berbanding pelajar. Hal ini boleh dilihat antara lain melalui pedagogi mengajar yang guru gunakan.
Pendekatan pengajaran: Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, terdapat banyak pendekatan pengajaran yang boleh digunakan di dalam bilik darjah. Selalunya guru-guru Bahasa Melayu akan menggunakan pendekatan konvensional dan tradisi yang sudah biasa digunakan dalam pengajaran seperti deduktik, induktik dan komunikatif. Kini sepatutnya guru-guru Bahasa Melayu perlu meneroka kepada pendekatan pengajaran terkini dan sesuai dengan tahap kognitif, kepelbagaian pelajar, kesesuaian tajuk yang diajar dan sebagainya. Antara pendekatan terkini yang boleh digunakan ialah pendekatan masteri, kontekstual, konstruktif, koperatif, kolaboratif, penyebatian kemahiran, penggabungjalinan pelbagai displin ilmu dan pembelajaran berasaskan masalah.
Kaedah pengajaran: Terdapat banyak kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sewajarnya setiap guru Bahasa Melayu mengetahui dan menguasainya. Di dalam kelas kepelbagaian pelajar, kaedah mengajar berpusat pelajar seharusnya diberi penekanan oleh guru Bahasa Melayu. Antaranya ialah kaedah perbincangan, main peranan, penyelesaian masalah, pembelajaran atas talian, inkuiri, sumbang saran
6 Seminar Bahasa Melayu 2011
dan sebagainya. Kaedah pengajaran yang banyak berpusatkan guru dan bahan tidak digalakkan digunakan oleh guru.
Teknik pengajaran: Teknik pengajaran adalah perincian daripada penggunaan sesuatu kaedah yang digunakan. Teknik pengajaran lebih kepada pelaksanaan bagaimana sesuatu kaedah pengajaran itu dapat dilaksanakan dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Teknik pengajaran merupakan kemahiran guru dalam mengelola dan melaksanakan kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Antara teknik mengajar yang biasa digunakan ialah teknik bercerita, bersyarah, perbincangan, demonstrasi, latih tubi, penyoalan, sumbang saran dan permainan. Tujuan menggunakan pelbagai teknik mengajar dalam situasi pengajaran adalah untuk menarik minat pelajar, mengekalkan perhatian serta membangkitkan rasa ingin tahu pelajar supaya mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Teknik-teknik pengajaran adalah kemahiran atau perkara-perkara khusus yang terdapat dalam sesuatu kaedah. Jika seseorang guru itu tidak dapat menguasai teknik-teknik yang ada pada sesuatu kaedah, maka kemungkinan besar matlamat kaedah itu akan tidak berhasil.
Strategi pengajaran: Peranan strategi pengajaran adalah lebih penting lagi jika kita mengajar pelajar-pelajar yang berbeza dari segi kebolehan, pencapaian, kecenderungan serta minat yang berbeza-beza. Kita perlu rancangkan pendekatan dan kaedah yang digunakan untuk mengajar kumpulan-kumpulan yang berbeza-beza itu. Contohnya, di dalam bilik darjah yang pelbagai tahap pencapaian, guru perlu memikirkan strategi pengajaran yang terdiri daripada pelbagai kaedah mengajar untuk memenuhi keperluan semua kumpulan. Di samping itu, setiap bilik darjah mempunyai halangan serta rintangan-rintangan yang tersendiri seperti keadaan fizikal, kemudahan bilik darjah, nilai, norma serta latar belakang sekolah dan pelajar. Lantaran itu, seseorang guru bukan sahaja mesti menguasai berbagai-bagai kaedah mengajar tetapi yang lebih penting lagi ialah bagaimana mengintegrasikan serta menyusun kaedah-kaedah itu untuk membentuk strategi pengajaran dan pembelajaran yang paling berkesan dalam pengajarannya.
No comments:
Post a Comment