SELAMAT DATANG KE BLOG CIKGU TUM DAN MARI BELAJAR BAHASA MELAYU BERSAMA-SAMA SAYA! TERIMA KASIH.

”Selamat Datang ke Blog Saya dan Mari Belajar Bahasa Melayu”

Bersama-sama memartabatkan Bahasa Melayu dan memperkasa Bahasa Inggeris

Tuesday 28 October 2014

latihan tatabahasa

Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa
( 30 markah )
Jawab semua soalan
SET 1
a)         Tulis  satu ayat bagi tiap-tiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
            (i)         haru-biru    
            (ii)        tunggang-langgang
(iii)       kering - kontang
(iv)       keluh-kesah
(v)        bolak-balik
(vi)       lintang-pukang                                                                       
                                                                                                                        [ 6 markah ]
b) Tukarkan ayat biasa di bawah kepada ayat songsang tanpa mengubah maksud asalnya.
            (i) Sambutan Maal Hijrah di kawasan itu sungguh meriah.
            (ii) Tarikh tutup permohonan itu pada hari Jumaat.
            (iii) Rombongan pengantin itu tiba di Johor Bahru pada pukul 12.30 tengah hari.
                                                                                                                                    [ 6 markah ]
c)         Dalam petikan di bawah terdapat tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula.
            Aktiviti sukan dapat mempupuk perpaduan antara kaum. Semasa bersukan, kanak-  kanak dan remaja yang berbilang bangsa dapat berinteraksi dan saling memahami antara satu sama lain. Aktiviti sukan juga dapat menenang fikiran setelah penat bekerja disamping  dapat mengurangkan tekanan dan dapat mengisi masa lapang. Dengan ini,remaja dapat menghindari diri daripada gejala negetif seperti merokok dan vandalism.                                                                                                                                                                                                                                               [ 6 markah ]




d)         Dalam setiap ayat  di bawah terdapat satu  kesalahan penggunaan kata atau istilah  dan  satu  kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak  boleh menyenaraikan lebih daripada satu  kesalahan penggunaan kata atau istilah  dan satu  kesalahan tatabahasa . Anda tidak perlu menyalin ayat  itu semula.
(i)         Kemerdekaan yang dinikmati oleh kita sekarang ialah hasil pemberian nenek moyang dan para pejuang bangsa.
(ii)        Ibu bapa memainkan peranan penting dalam melukiskan masa hadapan anak-anak dan memastikan mereka terhindar dari gejala sosial.
(iii)       Tujuan konvensyen Patriotisme Remaja diadakan ialah untuk meningkatkan kualiti modal insan agar mempunyai rasa sayang dan cinta akan negara.
                                                                                                                                    [ 6 markah ]
e)         Baca petikan di bawah dengan teliti,dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan  tiga situasi  berbeza  yang terdapat dalam petikan.
                                    Berkat usaha dan kesungguhan Azmin dalam pelajaran menyebabkan beliau terpilih untuk melanjutkn  pelajaran di _________________(i) . Walaupun  beliau dalam kalangan keluarga yang kurang berada, namun kemiskinan bukanlah penghalang untuk beliau mencapai kejayaan.Kini, beliau boleh berbangga dengan jawatan ______________(ii) yang disandangnya. Beliau tidak lupa  akan jasa dan pengorbanan yang telah diberikan oleh ibu bapanya. Beliau tidak mahu menjadi seperti ____________(iii) .
                                                                                                                                    [ 6 markah ]










SET 2
a)         Tulis  dua ayat bagi tiap-tiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
            i.          usaha
            ii.          berusaha
            iii.         mengusahakan
            iv.        pengusaha
            v.         pengusahaan
            vi.        perusahaan
           
                                                                                                                                    [6 markah ]
b)     Tukarkan ayat-ayat songsang  di bawah kepada ayat biasa tanpa mengubah maksud asalnya.
            (i) Memancing ikan semalam ayah.
            (ii) Terbabas ke dalam parit kereta mewah itu.
            (iii) Telah saya duduki pada awal bulan lalu ujian untuk memasuki kelas memandu .
                                                                                                                                    [ 6 markah ]
c)         Dalam setiap ayat  di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat-ayat itu semula.
(i) Satu lapuran lengkap tentang kejadian kemalangan yang dilibatkan bas ekspres itu               
    diserahkan kepada Menteri Pengangkutan.

(ii) Runtuh akhlak dalam kalangan remaja mengakibatkan ramai remaja
     terjebak dalam masaalah sosial.

(iii) Selepas upacara peresmian dewan, pegawai daerah itu dibawa lawatan ke bilik      
      pameran.
                                                                                                                                    [ 6 markah ]




d)         Dalam setiap ayat  di bawah terdapat satu  kesalahan penggunaan kata atau istilah  dan  satu  kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak  boleh menyenaraikan lebih daripada satu  kesalahan penggunaan kata atau istilah  dan satu  kesalahan tatabahasa . Anda tidak perlu menyalin ayat  itu semula.
(i) “Adakah menu yang dihidangkan oleh tukang masak di hotel ini ?, tanya peserta 
     perlawanan memasak itu.

(ii)  Bapa saudaranya memperoleh pendapat yang agak lumayan hasil jualan pisang  
      goreng yang dia buat.

(iii)  Kami amat terkejut bila mendapat tahu bahawa ada seekor lembu mati kerana  
      digiling kereta api di kawasan landasan itu.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                              [ 6 markah ]

  e)      Berikan maksud bagi setiap peribahasa di bawah.
            (i) bagai menatang minyak yang penuh.
            (ii) seperti pahat dengan penukul.
            (iii) seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul.
                                                                                                                                    [ 6 markah ]












SET 3
a)         Tulis  satu ayat bagi tiap-tiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
            (i) kira-kira
            (ii) duduk-duduk
(iii) jarang-jarang
(iv) baik-baik
(v) alih-alih
(vi) hampir-hampir                                                                 
                                                                                                                             [6 markah ]
b)       Tukarkan ayat biasa di bawah kepada ayat songsang tanpa mengubah maksud asalnya.
            (i)         Kakak saya menyimpan wang di Bank Simpanan Nasional.
(ii)        Calon persendirian yang akan mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia tahun ini tidak banyak.
(iii)       Kakak Rahimah mengikuti kursus Ijazah Pengurusan Perniagaan di universiti  tersebut.
                                                                                                                                        [ 6 markah ]

c)         Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat,anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat  itu semula.
(i)         Nilai kayu getah semakin mahal sejak bahan itu dieksport dan menjadikan bahan untuk perabut.
(ii)        Sejak perkhidmatan pos dilaksanakan secara pengswastaan, pengurusannya menjadi lebih efisyen.
(iii)       Malam itu menjadi gelap-gulita  kerana awan hitam berkepul-kepul menandai hari hendak hujan.
                                                                                                                                    [ 6 markah ]


d)         Dalam setiap ayat  di bawah terdapat satu  kesalahan penggunaan kata atau istilah  dan  satu  kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak  boleh menyenaraikan lebih daripada satu  kesalahan penggunaan kata atau istilah  dan satu  kesalahan tatabahasa . Anda tidak perlu menyalin ayat  itu semula.
(i)         Pihak sekolah akan menerima semula pelajar yang telah dibuang sekolah bertujuan memberikan ketakutan kepada pelajar lain.
(ii)         Encik Naqib menerangkan tentang faedah aktiviti kitar semula yang dapat mengatasi masalah kekurangan tapak penghapusan sampah.
(iii)       Peserta yang paling hebat sekali dalam persembahan itu telah dipilih sebagai pemenang  dalam pertandingan yang menyediakan peruntukan yang lumayan.
                                                                                                                                    [ 6 markah ]

e)         Baca  ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian kemukakan peribahasa yang menggambarkan   situasi yang terdapat dalam ayat tersebut.
(i)         Banyak jurujual yang bekerja siang malam kerana mahu mendapat pakej percutian percuma yang ditawarkan oleh pihak pengurusan  kepada jurujual yang dapat memenuhi sasaran jualan mereka  dalam sebulan.
(ii)        Penduduk di kampung itu tidak hairan dengan sikap Kim Moi yang suka membuat kerja-kerja  kebajikan seperti ibu bapanya.
(iii)       Amirah sentiasa memelihara adab sopan dan tutur katanya malah dia banyak berjasa kepada orang kampungnya.
                                                                                                                                    [ 6 markah ]








SET 4
a)         Tulis  satu ayat daripada tiap-tiap  perkataan di bawah supaya jelas  menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
            (i)         batas - perbatasan
            (ii)        bebas - kebebasan
            (iii)       bubar - pembubaran
                                                                                                                                    [ 6 markah ]
b) Tukarkan ayat-ayat susunan songsang  di bawah kepada ayat susunan biasa .
(i)         Telah terkenal sebagai pusat bandar yang padat penduduknya bandar raya Kuala Lumpur.
(ii)        Bekerja dengan cekap dan sempurna sekali kerana diberikan bayaran yang lumayan pekerja itu.
(iii)       Sekiranya tuntutan mereka tidak dipenuhi, para pekerja di syarikat itu akan melancarkan             mogok.
                                                                                                                                    [ 6 markah ]
c)         Petikan di bawah terdapat tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidakm perlu menyalin petikan itu semula.
Masalah remaja melibatkan dalam masalah sosial sentiasa mendapatkan perhatian utama media masa. Masalah ini perlu ditangani oleh pelbagai pihak kerana kita tidak boleh menyalahi kepada satu pihak sahaja, iaitu remaja. Sebagai anggota masyarakat yang perihatin akan masalah negara, kita perlu bertanggung jawab dan bekerjasama menanganinya.
                                                                                                                                    [ 6 markah ]





d)         Dalam setiap ayat  di bawah terdapat satu  kesalahan penggunaan kata atau istilah  dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak  boleh menyenaraikan lebih daripada satu  kesalahan penggunaan kata atau istilah  dan satu  kesalahan tatabahasa . Anda tidak perlu menyalin ayat  itu semula.
(i)         Antara agenda-agenda yang dibincangkan dalam mesyuarat semalam ialah       cadangan untuk menghapuskan hutang syarikat itu.
(ii)        Encik Roslan memang padan menerajui syarikat itu memandangkan beliau memiliki kelulusan di bidang ekonomi dan berpengalaman. 
(iii)       Zarith mengumpul jumlah markah yang tertinggi sekali bagi semua mata pelajaran dalam ujian yang lalu.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                      [ 6 markah ]

e)         Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti dan kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan ayat-ayat tersebut.
(i)         Hazman dan Hairul berbaik semula akhirnya setelah dinasihati oleh ibu mereka      seperti peribahasa ……………………………………………………….
(ii)        Pak Ismail amat berterima kasih dan berbesar hati atas kesudian pihak pemaju perumahan itu menggantikan rumah mereka yang usang dengan sebuah rumah teres seperti peribahasa …………………………………………………..
(iii)       Pak Samad seorang yang rajin mengusahakan kebunnya dan tidak hairanlah dia mendapat keuntungan yang berlipat ganda hasil jualan tanaman di kebunnya. Sikap Pak Samad ini diibaratkan ……………………………………………….
                                                                                                                                    [ 6 markah ]







SET 5

a)         Tulis  satu ayat bagi tiap-tiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
            (i)         kekisi
            (ii)        kekabu
(iii)       kekacang
(iv)       jejari
(v)        pepatung
(vi)       sesiku                                                             
                                                                                                                        [ 6 markah ]
b) Tukarkan ayat biasa di bawah kepada ayat songsang tanpa mengubah maksud asalnya.
            (i)         Pusat Sains Negara sudah kelihatan dari jauh.
            (ii)        Pelbagai jenis ikan air tawar terdapat di kiri dan di kananku.
            (iii)       Kita mestilah saling membantu untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan 
                        masyarakat.
                                                                                                                                    [ 6 markah ]

c)         Dalam petikan di bawah terdapat tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidakm perlu menyalin petikan itu semula.
                        Amanah saham ialah suatu bentuk pelaburan terkumpul yang benarkan pelabur yang mempunyai matelamat serupa mengumpulkan dana masing-masing untuk dilaburi dalam satu portfolio sekuriti yang diuruskan oleh para pengurus dana professional. Pemegang saham tidak membeli sekuriti secara lansung dalam portfolio. Pemilik dana dibahagikan dalam bentuk unit kelayakan.                                                                                                                          
  [ 6 markah ]



d)         Dalam setiap ayat  di bawah terdapat satu  kesalahan penggunaan kata atau istilah  dan  satu  kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak  boleh menyenaraikan lebih daripada satu  kesalahan penggunaan kata atau istilah  dan satu  kesalahan tatabahasa . Anda tidak perlu menyalin ayat  itu semula.
(i)         Kementerian Kesihatan sentiasa berusaha untuk meningkatkan kuantiti makanan   dan   kebersihan di premis-premis penyajian makanan.
           (ii)         Ahli-ahli Persatuan bahasa Melayu telah melawat Putrajaya pada minggu lepas.
(iii)       Syarat kelulusan minima bagi mekanik adalah diploma daripada institusi teknikal yang  diluluskan oleh kerajaan.
                                                                                                                                    [ 6 markah ]

e)         Baca  dan fahami petikan di bawah ini. Kemudian, kemukakan tiga peribahasa yang maksudnya sesuai bagi menggambarkan situasi dalam petikan tersebut.
                                    Pak Ali berbangga dan bersyukur kerana buah-buahan di dusunnya sudah menampakkan hasil. Pak Ali telah berhajat untuk berkongsi rezeki yang diperoleh dengan jiran-jirannya yang selalu memberi sokongan dan semangat. Pak Ali juga gembira kerana anak-anaknya, Rahman dan Rahim akan pulang ke kampung bersama-sama pada hujung minggu nanti. Mereka sudah kembali berdamai setelah hampir dua tahun tidak bertegur sapa ekoran berselisih pendapat tentang hak penjagaan dusun buah-buahannya itu. Kini, kedua-dua orang anaknya selalu pergi ke dusun untuk membantu Pak Ali.
                                                                                                                                    [ 6 markah ]










SET 6

(a)  Tulis satu ayat  bagi tiap-tiap perkataan dalam pasangan perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya.  Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan, atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa dan nama khas.

(i)            asak            –       mengasak

(ii)           bendung     –        membendung

(iii)          sebut           –       menyebut
[6 markah]
(b)  Cerakinkan ayat majmuk dalam perenggan di bawah kepada enam ayat tanpa mengubah maksud asalnya.


Golongan remaja memerlukan perhatian dan kasih sayang daripada ahli keluarga.  Mereka tidak seharusnya diabaikan oleh ibu bapa walaupun kebanyakan daripada ibu bapa sibuk bekerja.  Oleh sebab itu, ibu bapa perlu meluangkan masa bersama dengan anak-anak mereka di samping memastikan pencapaian akademik mereka sentiasa cemerlang.                                                                 
[6 markah]



(c)  Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan.  Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.  Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan.  Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i)            Kerajaan mencadang untuk menguatkuasakan undang-undang yang tegas kepada pengguna-pengguna jalanraya yang gagal mematuhi peraturan lalu lintas.


(ii)           Setiap rakyat Malaysia hendaklah fasih bertutur dalam bahasa Melayu untuk menunjukkan percintaan mereka terhadap bahasa resmi negara.


(iii)          Matlamat sekolah mengadakan program gotong royong adalah untuk meningkat semangat kerjasama dan perpaduan dalam kalangan pelajar.

[6 markah]





(d)  Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa.  Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.  Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan kesalahan tatabahasa.  Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i)            Pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah menyiarkan amaran keras pada para pengusaha ladang bahawa mereka akan didakwa jika melakukan pembakaran terbuka.

(ii)           Dua orang doktor pakar daripada luar negara telah berjaya menjalankan pembedahan menukarkan hati terhadap Fauzana.

(iii)          Deretan kedai-kedai di Jalan Petaling telah terbakar pada petang semalam akibat litar putus.

[6 markah]


(e)  Baca ayat-ayat di bawah  dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan ayat-ayat tersebut.

(i)            Wajah Puteri Aishah sangat cantik jika dibandingkan dengan puteri-puteri lain yang hadir dalam Majlis Jamuan Diraja pada malam tadi.

(ii)           Pasangan pengantin yang duduk di atas pelamin itu sama cantik dan sama padan.

(iii)          Kecantikan gadis Dusun memang  tiada bandingannya.

[6 markah]















SET 7

(a)  Tulis satu ayat daripada  perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya.  Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan, atau menggunakan kata itu sebagai peribahasa dan nama khas.

(i)            gambar
(ii)           tergambar
(iii)          gambaran
(iv)         penggambar
(v)          penggambaran
(vi)         menggambari
[6 markah]

(b)  Cerakinkan ayat majmuk dalam perenggan di bawah kepada enam ayat tanpa mengubah maksud asalnya.

Kesedaran pengguna terhadap keburukan penggunaan polistirena atau bahan yang dibuat daripada plastik semakin meningkat.  Ramai pengguna membawa bekas makanan untuk membeli sarapan pagi ataupun lauk-pauk makan tengah hari.  Secara tidak langsung perbuatan mereka ini akan dapat mengurangkan penggunaan polistirena sekali gus mengurangkan pencemaran alam sekitar di negara kita.

[6 markah]
(c)  Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan.  Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.  Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan.  Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i)            Pelajar-pelajar yang menghadapi masaalah sebaik-baiknya berbincang dengan guru kaunseling untuk mencarikan jalan penyelesaian.


(ii)           Doktor itu memberi kejelasan bahawa kematian pesakit itu disebabkan oleh virus selsema burung.


(iii)          Ekspedisi Ekstrem Tujuh Benua itu disertakan pendaki yang berusia dalam lengkungan 25 tahun hingga 50 tahun.

[6 markah]






(d)  Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa.  Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.  Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan kesalahan tatabahasa.  Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i)            Harga telefon bimbit di masa ini semakin murah dan mampu dipunyai oleh orang ramai.

(ii)           Pisang goreng itu seronok dimakan jika sekiranya masih panas.


(iii)          Kita tidak boleh bergantung pada sektor perindustrian semata-mata oleh kerana sektor pertanian juga memainkan tugas untuk menyumbangkan pendapatan negara.

[6 markah]



(e)  Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai
           dengan ayat-ayat tersebut.


(i)            Kecantikan anak gadis Pak Ali sentiasa menjadi sebutan para pemuda di Kampung Seberang.

(ii)           Orang kaya itu kerugian besar kerana batu zamrud yang disangkanya berharga rupanya palsu.

(iii)          Ali sentiasa diingatkan oleh keluarganya supaya pandai memilih pasangan hidup yang sesuai dengan keadaan keluarga mereka yang miskin.

[6 markah]














SET 8


(a)  Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah ini supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya.  Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i)            peralihan
(ii)           peraturan
(iii)          perjanjian
(iv)         perpindahan
(v)          persediaan
(vi)         pertuturan

 [6 markah]
(b)  Cerakinkan ayat majmuk dalam perenggan di bawah kepada enam ayat tanpa mengubah maksud asalnya.


Sebahagian kakitangan kerajaan mulai sedar akan kepentingan teknologi maklumat dan telah berjinak-jinak menggunakan komputer.  Mereka mula mengubah sikap dan menganggap penggunaan teknologi maklumat bukan lagi membebankan sebaliknya membantu mereka menghadapi cabaran dan perubahan.

[6 markah]

(c)  Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan.  Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.  Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan.  Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.


(i)            Pembangunan yang tidak mengambil kira aspek pertahanan struktur tanah dan kesan alam sekitar ialah punca utama tanah runtuh di kawasan lering bukit.

(ii)           Ibu bapa haruslah meluang masa meneliti prestasi akedemik dan sahsiah anak-anak mereka.

(iii)          Kebanyakan pelancung lebih gemar mengunjungi ke pulau-pulau yang indah.

[6 markah]







(d)  Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa.  Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.  Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan kesalahan tatabahasa.  Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.


(i)            Isu keracunan makanan dapat diatasi jika sekiranya semua makhluk memainkan peranan yang sewajarnya.

(ii)           Kerja-kerja membaik pulih jejambat di Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 akan dipindah milik oleh syarikat perunding daripada Jerman dalam masa terdekat ini.

(iii)          Sungguhpun saya bukan berpelajaran tinggi, banyak pendapat yang diberikan oleh saya itu mengagumkan para peserta.


[6 markah]

(e)  Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan tiga peribahasa yang menggambarkan situasi tersebut.

Pasangan Eli dan Alin merupakan anak kesayangan keluarga Pak Hussin. Mereka berdua merupakan gadis yang cantik dan sentiasa menjadi sebutan ramai pemuda di Kampung Harmoni. Selain mempunyai kecantikan, kedua-duanya juga pandai menyanyi. Suara mereka sangat memukau para hadirin ketika membuat persembahan sempena sambutan Hari Pekerja yang diadakan di balai raya kampung pada tahun lalu. Namun begitu, kedua-dua gadis ini bukanlah mudah untuk dipermainkan kerana mereka sentiasa menjaga peribadi dan kesopanan sebagai gadis Melayu.


[6 markah]


















SET 9


(a)  Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah ini supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya.  Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i)            tanam 
(ii)           tanaman
(iii)          tarik  
(iv)         tarikan
(v)          terjun
(vi)         terjunan

[6 markah]

(b)  Cerakinkan ayat majmuk dalam perenggan di bawah kepada enam ayat tanpa mengubah maksud asalnya.

Shahida sedang giat memperhebat keupayaan dan kepakaran kakitangannya kerana tidak mahu bergantung pada kontrak kerajaan sahaja.   Sehubungan itu, pegawai-pegawainya telah dihantar untuk mengikuti kursus kemahiran dan kejuruteraan lanjutan di luar negara supaya kemahiran mereka mendapat keyakinan pelanggan.
[6 markah]

(c)  Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan.  Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.  Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan.  Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i)            Kita harus membangunkan bidang perindusterian dengan lahirkan tenaga pakar dalam bidang ini.
(ii)           Kereta yang berwarna unggu itu telah ditinggalkan oleh seseorang kerana berhabisan minyak.
(iii)          Pemilik-pemilik primis di kawasan itu wajar menunaikan tanggungjawab menjelaskan cukai pentaksiran agar pembangunan dapat dilaksanakan di kawasan mereka.

            [6 markah]





(d)  Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa.  Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.  Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan kesalahan tatabahasa.  Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i)            Kegiatan menghantar rokok dari negara jiran ke negara ini bukan sahaja sukar dibendung tetapi kerajaan mengalami kerugian cukai import.

(ii)           Mereka yang melemparkan cercaan itu sebenarnya mengambil berat kepada segala kepincangan yang berlaku.

(iii)          Keempat-empat orang pelajar-pelajar yang cemerlang itu mendapat tawaran melanjutkan pembelajaran ke sekolah berasrama penuh.

[6 markah]

(e)  Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan tiga peribahasa yang menggambarkan situasi tersebut.


Pasangan pengantin baru itu diraikan dalam suatu majlis yang gilang-gemilang. Kedua-dua pengantin tersebut dipuji oleh para tetamu yang hadir kerana mereka sama cantik dan sama padan. Majlis yang bertemakan perkahwinan dalam taman telah dihiasi dengan pelbagai jenis bunga yang cantik. Pelbagai peralatan perkahwinan yang mahal telah digunakan untuk majlis tersebut dan sesuai dengan perbelanjaan yang telah dikeluarkan oleh pihak keluarga kedua-dua pengantin. Semoga perkahwinan tersebut kekal sepanjang hayat dan sentiasa diingati oleh semua hadirin.


[6 markah]










SET 10

(a)  Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah ini supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya.  Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, atau menggunakan kata itu sebagai peribahasa atau nama khas.


(i)            Lintas langsung
(ii)           Mudah alih
(iii)          Soal jawab
(iv)         Temu janji
(v)          Tunjuk cara
(vi)         Uji bakat



[6 markah]
(b)  Cerakinkan ayat majmuk dalam perenggan di bawah kepada enam ayat tanpa mengubah maksud asalnya.

Nilai-nilai murni yang wujud dalam sesuatu masyarakat bukan sekadar untuk menyatukan anggota masyarakat tetapi juga untuk membentuk tamadun manusia.  Sekalipun dalam kehidupan terdapat pelbagai kerenah manusia, namun hal itu mesti diterima sebagai asam garam hidup bermasyarakat.

[6 markah]
(c)  Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan.  Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.  Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan.  Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.


(i)            Keamanan yang dinekmati oleh rakyat negara ini tidak mustahil akan bertukar tangan jika mereka pentingkan diri sendiri.

(ii)           Pelajar hendaklah merojok kepada buku panduan apabila mereka mengisi borang untuk melanjut pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

(iii)          Tapak penglupusan sampah yang terdapat di kawasan tertentu kerap mengalami lilihan pada musim hujan.

[6 markah]

(d)  Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa.  Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.  Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan kesalahan tatabahasa.  Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.


(i)            Pihak berkuasa sentiasa bersikap tegas terhadap mana pihak yang mencuba meledakkan huru-hara dan pergeseran antara rakyat di negara ini.

(ii)           Golongan remaja yang terlibat dalam juvana kes perlu dibantu oleh masyarakat supaya ianya tidak terus-menerus melakukan amalan salah tersebut.

(iii)          Akta Kawalan Harga yang kerajaan wujudkan adalah untuk meneliti kenaikan harga barangan dan menjaga kepentingan pengguna.

[6 markah]
 
(e)  Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan ayat-ayat tersebut.


(i)            Tiada sesiapa yang berani memarahi Sazali kerana dia menjadi anak kesayangan keluarganya.

(ii)           Shima sentiasa mengelak pelawaan kami untuk berkelah di tepi pantai kerana takut panas.

(iii)          Sesiapa sahaja akan terpesona apabila mendengar suara Siti yang merdu ketika menyanyi.
[6 markah]











SET 11

(a)  Tulis satu ayat bagi setiap kata ganda di bawah untuk menunjukkan anda faham akan maksud dan penggunaannya.  Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i)            alang-alang
(ii)           hidup-hidup
(iii)          julung-julung
(iv)         lama-lama
(v)          siang-siang
(vi)         untung-untung
[6 markah]

(b)  Teliti ayat-ayat di bawah, kemudian pisahkan ayat-ayat tersebut kepada subjek dan predikat.

(i)            Buku Siti yang telah koyak perlu diganti dengan yang baru.
(ii)           Kuali itu tergantung pada dinding.
(iii)          Rumah yang musnah itu tidak boleh diduduki lagi.
(iv)         Kuih yang basi itu telah dibuang oleh emak.
(v)          hujan lebat  mendorong saya berlindung di pondok usang itu.
(vi)         Saya perlu membawa pensel yang tajam semasa peperiksaan.
      [6 markah]

(c)  Dalam petikan di bawah terdapat tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan imbuhan.  Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.  Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan imbuhan.  Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula.

(i)            Tindakan pihak berkenaan menghadkan halaju kenderaan bertujuan untuk
                  mengurangkan kemalangan jalanraya.
(ii)           Perdana Menteri China itu memaksa menggunakan khidmat juru bahasa untuk berkomunikasi dengan Perdana Menteri Malaysia.

(iii)          Segala derma yang diperoleh daripada kutipan itu akan dipersalurkan kepada tabong kebajikan pelajar.
[6 markah]

   

(d)        Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah  dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak bolehmenyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i)            Akhbar itu menyediakan ruangan pujuk sebagai sindiran kepada pihak tertentu supaya mereka memikirkan semula tindakan yang telah mereka ambil.

(ii)           Apabila harga barangan semakin meningkat, mereka terpaksa membeli juga barang-barang tiruan yang berharga murah di pasaran.

(iii)          Petronas telah meningkatkan usaha menggali minyak pada tahun lalu dalam usaha meningkatkan tabungan minyak sekurang-kurangnya 25 peratus.
[6 markah]

(e)       Tulis satu ayat bagi setiap peribahasa di bawah supaya jelas menunjukkan anda
            faham maksud dan penggunaannya.
(i)            Langkah kanan
(ii)           Lintah darat
(iii)          Membuka pekung di dada
[6 markah]










SET 12

a.         Tulis satu ayat bagi tiap-tiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

i.              bengkang-bengkok
ii.             compang-camping
iii.            haru-biru
iv.           koyak-rabak
v.            kusut-masai
vi.           licin-licau
[6 markah]

b.       Nyatakan pola bagi ayat-ayat di bawah sama ada ayat tersebut berpolakan Frasa Nama+ Frasa Nama (FN + FN), Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK), Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA) atau Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN + FS).

i.      Nasi lemak ibu sangat sedap.
  1. Anjing itu sedang menyalak.
  2. Rumah saya di atas bukit.
  3. Hadiah itu untuk ibu saya.
  4. Kedai buku itu kedai datuk saya.
  5. Jalan menuju ke rumah Salmah lurus.
[6 markah]

c.   Dalam setiap ayat  di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu  kesalahan    penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.  Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu  kesalahan ejaan dan satu  kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

i.      Berita tentang banjir di Perlis disiarkan oleh stesen television dari masa ke masa.

  1. Mak Som memasakkan bubur lambok untuk anaknya yangberpuasa.

  1. Keputusan sesuatu pemeriksaan bergantung pada kerja sama semua pihak.
[6 markah]

d. Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah  dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
                                                                                                                                                                                                                                            
i.      Kita tidak boleh bergantung  pada sektor perindustrian semata-mata oleh kerana sektor pertanian juga memainkan peranan untuk menyumbangkan pendapat negara.

  1. Pihak ibu bapa-ibu bapa begitu marah kerana pihak sekolah tidak menunaikan hukuman rotan mengikut prosedur yang betul.

  1. Sistem penghawa dingin yang tidak berfungsi telah menyebabkan lima orang daripada pekerja-pekerja syarikat itu mati ketika berada di dalam terowong yang panas.
[6 markah]
3e. Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai  dengan ayat-ayat tersebut.

i.      Siti membuat kerja sambilan terlebih dahulu sebelum mendapat pekerjaan yang tetap.

  1. Setelah Cikgu Osman berpindah ke sekolah lain, Cikgu Salleh pula mengambil alih tugasnya sebagai guru bahasa Melayu di sekolah itu.

iii.    Alex Wong memandu dengan cermat dan berhati-hati agar selamat.
[6 markah]










SET 13

a. Tulis satu ayat bagi tiap-tiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas

i.              bebenang
ii.             dedaun
iii.            gegelang
iv.           jejari
v.            lelaki
vi.           rerambut
[6 markah]

b.  Tukarkan ayat-ayat di bawah ini daripada ayat cakap ajuk kepada ayat cakap pindah.
            “Cikgu Haris!” tegur Puan Hanis dengan tiba-tiba.
            “Siapa awak?” tanya Cikgu Haris.
             “Cikgu tak kenal saya lagi?” kata Puan Hanis dengan senyuman.
            “Maafkan, saya,” kata Cikgu Haris merendah diri.
            “Saya Hanis, bekas pelajar cikgu,” kata Puan Hanis.
“Baru saya ingat, Hanis pelajar yang comel dan cemerlang di SMK Kota Jaya,” balas Cikgu Haris.
[6 markah]





32 comments:

  1. Cikgu ad skema jawapan tak ?
    Klau ad bleh hantar ke Hanis_keawmani@yahoo.com

    ReplyDelete
  2. Cikgu ade skema jwapan tak ??
    Tlg hntr ke alibsyahadah@gmail.com

    ReplyDelete
  3. bolehkah saya dapat jawapan tersebut ?
    sila hantar ke jiawen1219@hotmail.com
    terima kasih . ;)

    ReplyDelete
  4. bolehkah saya dapat jawapan tersebut ?
    sila hantar ke priyanti87@yahoo.com
    terima kasih . ;)

    ReplyDelete
  5. ASSALAMUALAIKUM..BOLEH SAYA DAPATKAN JAWAPANNYA YE CIKGU....TERIMAKASIH
    EMELKAN (myzahussain@gmail.com)

    ReplyDelete
  6. cikgu boleh dapat jawapan cikgu?? sila dan tolong hantar ke emel saya cikgu..
    selvajeya1832@yahoo.com

    ReplyDelete
  7. cikgu boleh dapat jawapan cikgu?? sila dan tolong hantar ke emel saya cikgu..
    selvajeya1832@yahoo.com

    ReplyDelete
  8. cikgu,boleh saya dpt jawapan ?
    emel: cutewen2000@gmail.com
    terima kasih

    ReplyDelete
  9. cikgu,boleh saya dpt jawapan ?
    emel: cutewen2000@gmail.com
    terima kasih

    ReplyDelete
  10. Cikgu, boleh saya dapatjawapan?
    Email: w.alyaadriana@gmail.com

    ReplyDelete
  11. Cikgu, boleh saya dapatjawapan?
    Email: pirlikuan@gmail.com
    terima kasih

    ReplyDelete
  12. Ckgu boleh sya dapatkan jawapannya ? Email:fthirah@gmail.com.
    Terima kasih

    ReplyDelete
  13. Cikgu,boleh saya dpatkan jawapan nye?email:irsyadshahzerien@gmail.com

    ReplyDelete
  14. Cikgu, boleh saya dapatkan jawapan ?

    ReplyDelete
  15. cikgu boleh saya dapat kan skema jawapan ? email kan ke chaeryn28@gmail.com ya . terima kasih

    ReplyDelete
  16. cikgu bole saya dptkn skema jawapan? email kn ke puteryfatihah@gmail.com

    ReplyDelete
  17. Boleh saya dptkan skema jawapan?
    Email kan ke hadmizad@gmail.com
    Terima kasih

    ReplyDelete
  18. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  19. Cikgu boleh saya dapat kan skema jawapan?
    Email kan ke xuany1207@gmail.com
    Terima kasih

    ReplyDelete
  20. Cg bole saye dptkan skema jwp?

    ReplyDelete
    Replies
    1. email saye (jethameng2004@gmail.com)
      tq

      Delete
  21. bolehkah saya dapatkan skema jawapan?

    ReplyDelete
  22. bolehkah sayamendapat skema jawapan

    ReplyDelete
  23. Boleh saya dptkan skema jawapan utk pembetulan

    ReplyDelete
  24. cikgu boleh saya dapatkan skema jawapan?

    ReplyDelete
  25. Cg boleh saya dapatkan skema jawapan?
    Email : muhdafiq45554@gmail.com

    ReplyDelete
  26. boleh saya dapatkan skema jawapan? @nurulayunatasya6@gmail.com , tq

    ReplyDelete
  27. boleh saya dapatkan skema jawapan? @limliann5@yahoo.com

    ReplyDelete
  28. Boleh dapat skema jawapan? thanirm6@gmail.com

    ReplyDelete

Laman Guru Cemerlang

Kecekapan Berbahasa Guru Bahasa Melayu Dalam abad ke-21 ini, setiap guru Bahasa Melayu sama ada yang mengajar di peringkat sekolah rendah, sekolah menengah mahu pun di institusi pengajian tinggi seharusnya memiliki kecekapan berbahasa yang baik. Selain empat kemahiran asas yang diberi penekanan dalam melahirkan pelajar yang seimbang dari sgei kemahiran berbahasa, guru-guru Bahasa Melayu juga perlu menguasai kecekapan berbahasa antaranya seperti berikut:  Kecekapan berkomunikasi  Kecekapan berhujah dan membidas  Kecekapan berbincang dan mengulas  Kecekapan menyoal  Kecekapan menyatakan dan menghuraikan ilmu pengetahuan dan pendapat  Kecekapan membaca, memahami dan merumus teks  Kecekapan menganalisis dan mentafsir maklumat  Kecekapan membaca dan menaakul pelbagai bahan  Kecekapan membina ayat  Kecekapan menulis Guru-guru Bahasa Melayu dalam abad ke-21 perlu mempunyai tahap pengetahuan isi kandungan Bahasa Melayu yang baik. Perkembangan terkini dalam kurikulum pendidikan Bahasa Melayu sewajar diketahui oleh setiap guru. Antara pengetahuan isi kandungan Bahasa Melayu yang perlu difokuskan ialah:  Kesediaan guru Bahasa Melayu untuk menyampaikan bahan pengajaran merupakan perkara terpenting dalam pengendalian sesi pengajaran dan pembelajaran. Hal ini bermakna pengetahuan guru Bahasa Melayu tentang isi kandungan Bahasa Melayu merupakan kesediaan terpenting untuk memastikan keberkesanan pengajarannya.  Pengetahuan substantif, iaitu pengetahuan tentang apa yang ada dalam fakta atau konsep yang digunakan untuk menyusun idea dan maklumat tentang sesuatu tajuk dalam mata pelajaran Bahasa Melayu berkenaan. Hal ini bermakna setiap guru Bahasa Melayu seharusnya memiliki pengetahuan substantif ini, terutamanya bagi tajuk-tajuk yang melibatkan isu-isu semasa.  Pengetahuan sintaktik, iaitu pengetahuan tentang cara bagaimana sesuatu perkara itu dibentuk dan dihasilkan berdasarkan prosedur, kaedah dan proses yang melaluinya, sesuatu kebenaran dan pengetahuan baru dapat dibina. Hal ini bermakna setiap guru Bahasa Melayu perlu mengukuhkan kefahaman konseptual pelajar dengan menggunakan contoh, analogi, hujah secara logikal dan berhujah menggunakan asas fakta yang tepat mengikut tahap pemikiran pelajar.  Penguasaan ilmu, iaitu setiap guru Bahasa Melayu perlu menguasai ilmu tatabahasa dan ilmu pedagogi Bahasa Melayu. Pengetahuan isi kandungan subjek yang berkaitan dengan sukatan, sama ada secara langsung atau tidak secara langsung merupakan faktor penentu kefahaman pelajar terhadap apa yang diajarkan oleh guru Bahasa Melayu berkenaan. Hal ini bermakna tanpa menguasai ilmu Bahasa 5 Seminar Bahasa Melayu 2011 Melayu, boleh mengganggu pemahaman dan pengetahuan pelajar tentang tajuk yang dipelajari. Rumusannya, tahap keberkesanan pengajaran guru Bahasa Melayu banyak bergantung kepada pengetahuan isi kandungan subjek dan kemampuan guru mengurus masa untuk dimanfaatkan sepenuhnya dalam pengajaran. Pengetahuan isi kandungan Bahasa Melayu yang baik juga membantu guru merancang pengajaran harian, mingguan dan bulanan secara sistematik dan bertulis. Pengetahuan pedagogi mengajar bermaksud setiap guru perlu mempunyai pelbagai pengetahuan berkaitan pedagogi mengajar. Dalam konteks pendidikan Bahasa Melayu, setiap guru Bahasa Melayu sewajarnya memahami dan menguasai pelbagai kemahiran mengajar/pedagogi terkini yang melibatkan kaedah, pendekatan, teknik dan strategi mengajar Bahasa Melayu. Dalam pengajaran, seharusnya pelajar merasai dan dapat memahami bahawa guru Bahasa Melayu mereka seharusnya lebih mahir dan lebih mengetahui sesuatu tajuk yang dibincangkan berbanding pelajar. Hal ini boleh dilihat antara lain melalui pedagogi mengajar yang guru gunakan.  Pendekatan pengajaran: Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, terdapat banyak pendekatan pengajaran yang boleh digunakan di dalam bilik darjah. Selalunya guru-guru Bahasa Melayu akan menggunakan pendekatan konvensional dan tradisi yang sudah biasa digunakan dalam pengajaran seperti deduktik, induktik dan komunikatif. Kini sepatutnya guru-guru Bahasa Melayu perlu meneroka kepada pendekatan pengajaran terkini dan sesuai dengan tahap kognitif, kepelbagaian pelajar, kesesuaian tajuk yang diajar dan sebagainya. Antara pendekatan terkini yang boleh digunakan ialah pendekatan masteri, kontekstual, konstruktif, koperatif, kolaboratif, penyebatian kemahiran, penggabungjalinan pelbagai displin ilmu dan pembelajaran berasaskan masalah.  Kaedah pengajaran: Terdapat banyak kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sewajarnya setiap guru Bahasa Melayu mengetahui dan menguasainya. Di dalam kelas kepelbagaian pelajar, kaedah mengajar berpusat pelajar seharusnya diberi penekanan oleh guru Bahasa Melayu. Antaranya ialah kaedah perbincangan, main peranan, penyelesaian masalah, pembelajaran atas talian, inkuiri, sumbang saran 6 Seminar Bahasa Melayu 2011 dan sebagainya. Kaedah pengajaran yang banyak berpusatkan guru dan bahan tidak digalakkan digunakan oleh guru.  Teknik pengajaran: Teknik pengajaran adalah perincian daripada penggunaan sesuatu kaedah yang digunakan. Teknik pengajaran lebih kepada pelaksanaan bagaimana sesuatu kaedah pengajaran itu dapat dilaksanakan dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Teknik pengajaran merupakan kemahiran guru dalam mengelola dan melaksanakan kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Antara teknik mengajar yang biasa digunakan ialah teknik bercerita, bersyarah, perbincangan, demonstrasi, latih tubi, penyoalan, sumbang saran dan permainan. Tujuan menggunakan pelbagai teknik mengajar dalam situasi pengajaran adalah untuk menarik minat pelajar, mengekalkan perhatian serta membangkitkan rasa ingin tahu pelajar supaya mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Teknik-teknik pengajaran adalah kemahiran atau perkara-perkara khusus yang terdapat dalam sesuatu kaedah. Jika seseorang guru itu tidak dapat menguasai teknik-teknik yang ada pada sesuatu kaedah, maka kemungkinan besar matlamat kaedah itu akan tidak berhasil.  Strategi pengajaran: Peranan strategi pengajaran adalah lebih penting lagi jika kita mengajar pelajar-pelajar yang berbeza dari segi kebolehan, pencapaian, kecenderungan serta minat yang berbeza-beza. Kita perlu rancangkan pendekatan dan kaedah yang digunakan untuk mengajar kumpulan-kumpulan yang berbeza-beza itu. Contohnya, di dalam bilik darjah yang pelbagai tahap pencapaian, guru perlu memikirkan strategi pengajaran yang terdiri daripada pelbagai kaedah mengajar untuk memenuhi keperluan semua kumpulan. Di samping itu, setiap bilik darjah mempunyai halangan serta rintangan-rintangan yang tersendiri seperti keadaan fizikal, kemudahan bilik darjah, nilai, norma serta latar belakang sekolah dan pelajar. Lantaran itu, seseorang guru bukan sahaja mesti menguasai berbagai-bagai kaedah mengajar tetapi yang lebih penting lagi ialah bagaimana mengintegrasikan serta menyusun kaedah-kaedah itu untuk membentuk strategi pengajaran dan pembelajaran yang paling berkesan dalam pengajarannya.