SELAMAT DATANG KE BLOG CIKGU TUM DAN MARI BELAJAR BAHASA MELAYU BERSAMA-SAMA SAYA! TERIMA KASIH.

”Selamat Datang ke Blog Saya dan Mari Belajar Bahasa Melayu”

Bersama-sama memartabatkan Bahasa Melayu dan memperkasa Bahasa Inggeris

Tuesday, 5 November 2013

CERPEN ISRAK


Baca petikan cerpen di bawah ibi dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Israk menekan punat televisyen. Malangnya tiada apa-apa pada skrin. Kaca TV hitan sahaja. Israk mencebik.
“TV pun rosak!” Sengaja ditinggikan suaranya seperti ‘injak naik’ yang menaikkan jumlah voltan arus yang mengalir.
Dengan spontan kerusi ditolak ke bawah meja. Mikraj menapak ke ruang tamu seluas 4m x 6m itu. Mata bundarnya memandang Israk yang mundar-mandir di situ. Bagaikan cacing kepanasan. Sesungguhnya dia tidak serasi dengan situasi di situ, di rumah Wah, Kampung Sayong.
“Bukankah Wah lebih tua daripada kita. Lagipun dia nenek kita. Tentu orang cerdik seperti abang tahu tanggungjawab!’
Israk melemparkan pandangan ke luar jendela. Daun pokok pisang melambai-lambainya seolah-olah mengejinya. Dia mengetap bibir.
“Abang, kalau tanpa Wah, pa tidak hadir ke dunia. Sekaligus kita berdua pun tidak melihat dunia seperti sekarang.”
“Teori pembiakan manusia itu abang sudah tahu. Tak perlu diajar lagi!”
“Ini peluang bagi abang …. Rebutlah. Jangan pula abang menyesal kemudian hari.”
“Kurang faham!”
“Abang terlalu mengikut hati. Atma, perasaan, jiwa, kalbu, garisah, naluri, dan sebagainya termasuk nafsu! Sepatutnya abang yang memandu hati, bukan hati yang memandu abang!”

(Dipetik daripada cerpen Israk
Oleh Erda Roslan Khairi dalam antologi Harga Remaja
Dewan Bahasa dan Pustaka.)


(i)                 Terangkan maksud cacing kepanasan dalam petikan  di atas.                 [2 markah]

(ii)               Pada pendapat anda, mengapakah kita wajar menghormati orang yang lebih tua daripada kita?
Kemukakan tiga pendapat anda.                                                           [3 markah]

(iii)             Huraikan satu latar masyarakat yang terdapat dalam petikan cerpen di atas dan satu latar masyarakat lain daripada cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam petikan.                                                                                                [4 markah]


Baca petikan cerpen di bawah ibi dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

            Gambaran ketidakselesaan jelas terbayang pada wajah Israk. Dia menjodong. Mujur gitar yang dibeli di Buenos Aires dibawa bersama. Penghibur ketika waktu bosan. Siti Hawa yang memerhatikan tingkah anak bujangnya itu hanya menggeleng. Geleng ibu bukan sebarang geleng. Ishak yang dibesarkan di Perth itu langsung tidak pernah menjejakkan kaki ke rumah Wah. Inilah pertama kali dia melihat Wah dari dekat. Hidup Wah Nampak berbeza daripada hidupnya. Baginya, pengajiannya dalam bidang korporat itu tidak akan menjadikan hidupnya seperti Wah. Temperamen mengatasi segalanya.
            “Adam, bawalah anak bini kamu ke dapur. Tadi, mak pungut buah-buahan tu. Makanlah,” kata Wah dengan tenang sekali.
            Mikraj mengintai Wah melalui langsir pintu bilik yang bergerak ditampar angin desa. Wah bersolat sebaik sahaja azan selesai berkumandang. Wah orang alim kerana lahir dalam kalangan orang alim.
            “Wow, lawanya!” Mikraj berteriak ketika melihat isi buah durian yang keemas-emasan itu.

(Dipetik daripada cerpen Israk
Oleh Erda Roslan Khairi antologi Harga Remaja,
Dewan Bahasa dan Pustaka.)



(i)                 Gambaran ketidakselesaan jelas terbayang pada wajah Israk.
Mengapakah Israk berkeadaan demikian.
                                                                                                              [2 markah]


(ii)               Pada pendapat anda, apakah tindakan yang dapat anda lakukan untuk menggembirakan ibu bapa kita?
Berikan tiga tindakan.
                                                                                                              [3 markah]


(iii)             Jelaskan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan dan satu pengajaran lain yang terdapat dalam cerpen.                                                                                       [4 markah]


Baca petikan cerpen di bawah ibi dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.


      “Dulu, buah dari kebun Wahlah yang menghantar pa menjadi seorang insan yang dominan. Pa bersyukur kerana Dia Yang Maha Kaya menganugerahkan rezeki seperti ini. Kalau tidak sudah tentu muka pa ini orang boleh jumpa di tapak binaan atau di ladang kelapa sawit.” Adam bersuara untuk menyedarkan Israk akan asal usulnya.
     “Itu masalah pa. Sudah menjadi sejarah. Buat apa dikenang lagi.”
      “Kalau tidak kerana sejarah, kita tidak akan hidup. Contohnya, sejarah kemerdekaan negara kita ini. Jika kita tidak mengambil ikhtibar daripanya, tentu kita akan melakukan kesilapan yang stereotaip.”  
   Wah keluar dari biliknya dengan wajah yang jernih akibat curahan wuduk. Persis Siti Hajarkah? Atau Siti Maryam?
           “Israk, jamahlah buah-buahan, tu dulu. Wah kutip semata-mata nak bagi kamu rasa.” Lembut bicara Wah memujuk cucunya itu.
       Israk menggeliat menepis tangan berbelulang itu. Mikraj yang memerhatikan sejak lama diam membatu. Pegun. Dia bagaikan gunung berapi pendam.


                                                                   ( Dipetik daripada cerpen Israk
 oleh Erda Roslan Khairi dalam antologi Harga Remaja      
                                                           Dewan Bahasa dan Pustaka.)


(i)                 Nyatakan dua keadaan yang menyebabkan Adam berasa bersyukur dalam hidupnya.
                                                                                                                    [2 markah]

(ii)               Sekiranya anda Adam, apakah yang anda boleh lakukan untuk menyedarkan Israk supaya lebih menghormati Wah?                                                                                                                                                                                                                          [3 markah]

(iii)             Huraikan satu nilai kemanusiaan yang terdapat dalam petikan cerpen dan satu nilai kemanusiaan lain yang terdapat dalam keseluruhan cerpen.

                                                                                                                 [4 markah]


(i)                 Maksud rangkai kata cacing kepanasan adalah:

-          Menjadi tidak tentu arah.
-          Menjadi gelisah/ tidak selesa/ terseksa
[2 markah]

(ii)               Kita wajar menghormati orang yang lebih tua daripada kita kerana:

-          Orang tua banyak mempunyai pengalaman/ berkemampuan untuk memberi nasihat atau panduan kepada kita.
-          Orang tua seperti ibu bapa banyak jasanya kepada kita terutama dalam memberikan pendidikan dan menjaga keselamatan diri kita.
-          Golongan muda perlu menjadi orang yang bersopan/ berbudi bahasa sesuai dengan budaya Timur/ nilai Islam.
-          Menjadi tuntutan agama dan adat agar yang muda menghormati orang yang lebih tua.
[3 markah]


(iii)             Satu latar masyarakat dalam petikan:

-          Masyarakat yang suka memberi nasihat. Contohnya Mikraj tanpa jemu memberikan nasihat kepada Israk tentang tanggungjawabnya kepada nenek mereka/ menghormati nenek.

Satu latar masyarakat dalam keseluruhan cerpen.

-          Masyarakat yang penyayang. Contohnya Mikraj sayang akan neneknya Wah.
-          Masyarakat yang dibesarkan dan mendapat pendidikan di luar negara. Contohnya Israk dibesarkan di Perth dan mendapat pendidikan dalam bidang korporat.
-          Masyarakat desa yang banyak mengusahakan kebun buah-buahan. Contohnya Wah mengusahakan kebuh buah-buahan dan membesarkan Adam sehingga berjaya dengan hasil tanaman.
[4 markah]


(i)                 Israk berkeadaan demikian kerana:

-          Israk dibesarkan dalam latar belakang yang berbeza iaitu di luar negara (Perth).
-          Itulah kali pertama Israk ke rumah Wah.
[2 markah]


(ii)               Antara tindakan yang boleh saya lakukan untuk mengembirakan hati orang tua adalah:

-          Menjaga kebajikannya dan sentiasa membawa orang tua bersiar-siar.
-          Sentiasa menjaga hati mereka dan tidak mengecilkan hati mereka.
-          Cuba memenuhi permintaan mereka.
-          Beri mereka hadiah pada hari istimewa mereka.
-          Selalu berada di samping mereka.
[3 markah]


(iii)             Satu pengajaran yang terdapat dalam petikan:

-          Kita mestilah ingat asal usul kita – Tindakan Israk yang lupa akan asal usulnya iaitu tidak dapat menyesuaikan diri dengan keadaan hidup di kampong tidak disenangi oleh ahli keluarganya terutamanya adiknya Mikraj.

Satu pengajaran yang terdapat dalam keseluruhan cerpen:

-          Kita hendaklah sayang akan ahli keluarga kita – Wah begitu menyayangi anak cucunya. Dia memungut durian dan membawanya ke rumah untuk dimakan oleh anak dan cucunya.
-          Kita perlu tabah menghadapi dugaan – Wah membesarkan anaknya dengan tabah setelah kematian suaminya.
-          Setiap orang hendaklah melaksanakan tanggungjawab masing-masing – Adam dan keluarganya tetap menziarahi emaknya di kampong kerana dia sedar akan tanggungjawab terhadap ibunya.
[4 markah]


(i)                 Dua keadaan yang menyebabkan Adam bersyukur dalam hidupnya:

-          Dulu buah dari kebun Wahlah yang menghantar Pa menjadi seorang insan yang dominan.
-          Dia Yang Maha Kaya menganugerahkan rezeki.
[2 markah]


(ii)               Sekiranya saya Adam, perkara yang boleh dilakukan untuk menyedarkan Israk supaya lebih menghormati Wah:

-          Berikan didikan agama
-          Memperlihatkan teladan yang baik.
-          Menegur kesilapan Israk.
-          Kerap menziarahi Wah agar hubungan lebih rapat.
-          Israk tinggal bersama-sama Wah.                                                   [3 markah]


(iii)             Satu nilai dalam petikan:

-          Bersyukur. Adam bersyukur kerana dapat melanjutkan  pelajaran atas kegigihan Wah menyaranya dengan hasil tanaman.

Satu nilai dalam keseluruhan cerpen:

-          Ketabahan. Wah tabah dan cekal menghadapi kematian suami ketika sedang mengandung dan membesarkan Adam tanpa suami.
-          Kasih sayang. Rasa kecintaan yang mendalam ditunjukkan oleh Wah terhadap kedua-dua orang cucunya.
-          Sabar. Wah sentiasa bersabar walaupun Israk sering menyakiti hatinya.
-          Kebersihan fizikal dan mental. Wah rajin mengerjakan amal ibadat dan tidak pernah berdendam dengan Israk walaupun Israk banyak menyakiti hatinya   [4 markah]

No comments:

Post a Comment

Laman Guru Cemerlang

Kecekapan Berbahasa Guru Bahasa Melayu Dalam abad ke-21 ini, setiap guru Bahasa Melayu sama ada yang mengajar di peringkat sekolah rendah, sekolah menengah mahu pun di institusi pengajian tinggi seharusnya memiliki kecekapan berbahasa yang baik. Selain empat kemahiran asas yang diberi penekanan dalam melahirkan pelajar yang seimbang dari sgei kemahiran berbahasa, guru-guru Bahasa Melayu juga perlu menguasai kecekapan berbahasa antaranya seperti berikut:  Kecekapan berkomunikasi  Kecekapan berhujah dan membidas  Kecekapan berbincang dan mengulas  Kecekapan menyoal  Kecekapan menyatakan dan menghuraikan ilmu pengetahuan dan pendapat  Kecekapan membaca, memahami dan merumus teks  Kecekapan menganalisis dan mentafsir maklumat  Kecekapan membaca dan menaakul pelbagai bahan  Kecekapan membina ayat  Kecekapan menulis Guru-guru Bahasa Melayu dalam abad ke-21 perlu mempunyai tahap pengetahuan isi kandungan Bahasa Melayu yang baik. Perkembangan terkini dalam kurikulum pendidikan Bahasa Melayu sewajar diketahui oleh setiap guru. Antara pengetahuan isi kandungan Bahasa Melayu yang perlu difokuskan ialah:  Kesediaan guru Bahasa Melayu untuk menyampaikan bahan pengajaran merupakan perkara terpenting dalam pengendalian sesi pengajaran dan pembelajaran. Hal ini bermakna pengetahuan guru Bahasa Melayu tentang isi kandungan Bahasa Melayu merupakan kesediaan terpenting untuk memastikan keberkesanan pengajarannya.  Pengetahuan substantif, iaitu pengetahuan tentang apa yang ada dalam fakta atau konsep yang digunakan untuk menyusun idea dan maklumat tentang sesuatu tajuk dalam mata pelajaran Bahasa Melayu berkenaan. Hal ini bermakna setiap guru Bahasa Melayu seharusnya memiliki pengetahuan substantif ini, terutamanya bagi tajuk-tajuk yang melibatkan isu-isu semasa.  Pengetahuan sintaktik, iaitu pengetahuan tentang cara bagaimana sesuatu perkara itu dibentuk dan dihasilkan berdasarkan prosedur, kaedah dan proses yang melaluinya, sesuatu kebenaran dan pengetahuan baru dapat dibina. Hal ini bermakna setiap guru Bahasa Melayu perlu mengukuhkan kefahaman konseptual pelajar dengan menggunakan contoh, analogi, hujah secara logikal dan berhujah menggunakan asas fakta yang tepat mengikut tahap pemikiran pelajar.  Penguasaan ilmu, iaitu setiap guru Bahasa Melayu perlu menguasai ilmu tatabahasa dan ilmu pedagogi Bahasa Melayu. Pengetahuan isi kandungan subjek yang berkaitan dengan sukatan, sama ada secara langsung atau tidak secara langsung merupakan faktor penentu kefahaman pelajar terhadap apa yang diajarkan oleh guru Bahasa Melayu berkenaan. Hal ini bermakna tanpa menguasai ilmu Bahasa 5 Seminar Bahasa Melayu 2011 Melayu, boleh mengganggu pemahaman dan pengetahuan pelajar tentang tajuk yang dipelajari. Rumusannya, tahap keberkesanan pengajaran guru Bahasa Melayu banyak bergantung kepada pengetahuan isi kandungan subjek dan kemampuan guru mengurus masa untuk dimanfaatkan sepenuhnya dalam pengajaran. Pengetahuan isi kandungan Bahasa Melayu yang baik juga membantu guru merancang pengajaran harian, mingguan dan bulanan secara sistematik dan bertulis. Pengetahuan pedagogi mengajar bermaksud setiap guru perlu mempunyai pelbagai pengetahuan berkaitan pedagogi mengajar. Dalam konteks pendidikan Bahasa Melayu, setiap guru Bahasa Melayu sewajarnya memahami dan menguasai pelbagai kemahiran mengajar/pedagogi terkini yang melibatkan kaedah, pendekatan, teknik dan strategi mengajar Bahasa Melayu. Dalam pengajaran, seharusnya pelajar merasai dan dapat memahami bahawa guru Bahasa Melayu mereka seharusnya lebih mahir dan lebih mengetahui sesuatu tajuk yang dibincangkan berbanding pelajar. Hal ini boleh dilihat antara lain melalui pedagogi mengajar yang guru gunakan.  Pendekatan pengajaran: Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, terdapat banyak pendekatan pengajaran yang boleh digunakan di dalam bilik darjah. Selalunya guru-guru Bahasa Melayu akan menggunakan pendekatan konvensional dan tradisi yang sudah biasa digunakan dalam pengajaran seperti deduktik, induktik dan komunikatif. Kini sepatutnya guru-guru Bahasa Melayu perlu meneroka kepada pendekatan pengajaran terkini dan sesuai dengan tahap kognitif, kepelbagaian pelajar, kesesuaian tajuk yang diajar dan sebagainya. Antara pendekatan terkini yang boleh digunakan ialah pendekatan masteri, kontekstual, konstruktif, koperatif, kolaboratif, penyebatian kemahiran, penggabungjalinan pelbagai displin ilmu dan pembelajaran berasaskan masalah.  Kaedah pengajaran: Terdapat banyak kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sewajarnya setiap guru Bahasa Melayu mengetahui dan menguasainya. Di dalam kelas kepelbagaian pelajar, kaedah mengajar berpusat pelajar seharusnya diberi penekanan oleh guru Bahasa Melayu. Antaranya ialah kaedah perbincangan, main peranan, penyelesaian masalah, pembelajaran atas talian, inkuiri, sumbang saran 6 Seminar Bahasa Melayu 2011 dan sebagainya. Kaedah pengajaran yang banyak berpusatkan guru dan bahan tidak digalakkan digunakan oleh guru.  Teknik pengajaran: Teknik pengajaran adalah perincian daripada penggunaan sesuatu kaedah yang digunakan. Teknik pengajaran lebih kepada pelaksanaan bagaimana sesuatu kaedah pengajaran itu dapat dilaksanakan dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Teknik pengajaran merupakan kemahiran guru dalam mengelola dan melaksanakan kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Antara teknik mengajar yang biasa digunakan ialah teknik bercerita, bersyarah, perbincangan, demonstrasi, latih tubi, penyoalan, sumbang saran dan permainan. Tujuan menggunakan pelbagai teknik mengajar dalam situasi pengajaran adalah untuk menarik minat pelajar, mengekalkan perhatian serta membangkitkan rasa ingin tahu pelajar supaya mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Teknik-teknik pengajaran adalah kemahiran atau perkara-perkara khusus yang terdapat dalam sesuatu kaedah. Jika seseorang guru itu tidak dapat menguasai teknik-teknik yang ada pada sesuatu kaedah, maka kemungkinan besar matlamat kaedah itu akan tidak berhasil.  Strategi pengajaran: Peranan strategi pengajaran adalah lebih penting lagi jika kita mengajar pelajar-pelajar yang berbeza dari segi kebolehan, pencapaian, kecenderungan serta minat yang berbeza-beza. Kita perlu rancangkan pendekatan dan kaedah yang digunakan untuk mengajar kumpulan-kumpulan yang berbeza-beza itu. Contohnya, di dalam bilik darjah yang pelbagai tahap pencapaian, guru perlu memikirkan strategi pengajaran yang terdiri daripada pelbagai kaedah mengajar untuk memenuhi keperluan semua kumpulan. Di samping itu, setiap bilik darjah mempunyai halangan serta rintangan-rintangan yang tersendiri seperti keadaan fizikal, kemudahan bilik darjah, nilai, norma serta latar belakang sekolah dan pelajar. Lantaran itu, seseorang guru bukan sahaja mesti menguasai berbagai-bagai kaedah mengajar tetapi yang lebih penting lagi ialah bagaimana mengintegrasikan serta menyusun kaedah-kaedah itu untuk membentuk strategi pengajaran dan pembelajaran yang paling berkesan dalam pengajarannya.