Untuk semua anak muridku dan calon
peperiksaan SPM 2003:
PERSIAPAN.
Tidur awal membolehkan anda berasa tenang dan bertenaga semasa
menghadapi peperiksaan pada keesokannya harinya. Bagi yang beragama Islam,
buatlah solat sunat seperti solat Hajat.
Tanamkan azam dan semangat berjaya dan ini dapat diperkuatkan sekiranya
anda telah mematuhi strategi belajar yang bermula pada awal tahun. Tanamkan
dalam minda ‘Anda Boleh Berjaya' atau
‘You Can Do It'. YES BM A+
Kurangkan minum minuman seperti teh dan kopi. Jangan gunakan dadah
perangsang seperti Amfetamin atau ‘Pep Pills' yang senang disalahgunakan oleh
pelajar semasa hendak mengambil peperiksaan. Ambil segelas susu.
Kumpulkan semua barang yang perlu dibawa ke dewan peperiksaan seperti
beberapa batang pensil, pen, pemadam atau tip-ex, kad pengenalan dan sebagainya.
Pastikan anda makan sarapan yang mencukupi kerana anda memerlukan tenaga
mental dan fizikal sepanjang hari.
Sekiranya anda perlu pengangkutan untuk ke dewan peperiksaan, anggarkan
masa yang diperlukan, supaya anda tidak lewat.
Sampai ke pusat peperiksaan awal supaya tidak terburu-buru.
Apabila sampai ke dewan peperiksaan anda akan melihat keadaan seperti
ini: Ada pelajar yang masih sedang menyemak nota, ada yang sedang berbincang
dan ada yang bergelak ketawa antara mereka. Ada baiknya anda menjauhkan diri
daripada mereka supaya anda tidak berasa panik. Misalnya, apabila berbual
mungkin anda mendapati bahawa anda terlupa belajar sesuatu dan ini akan
menakutkan anda. Kalau perlu dan kalau ada masa, belek nota-nota supaya segala
yang dipelajari segar dalam ingatan.
Berzikir dan berselawat sepanjang masa. Tenang dan masuk dengan hati
yang lapang.
Baca dengan teliti format dan arahan kertas peperiksaan.Ingat frasa
menarik
Pilih soalan yang terbaik untuk dijawab. Buatlah rangka jawapan bagi
karangan. Tulis dengan jelas dan cepat
Peruntukan masa bagi setiap jawapan perlu dikawal.
Masa menulis perlu digunakan dengan sepenuhnaya.
Jangan tinggalkan dewan peperiksaan sebelum kertas jawapan dipungut oleh
para pengawas peperiksaan.
CIKGU DOAKAN KALIAN CEMERLANG A+ DAN CIKGU HALALKAN ILMU YANG DIBERI
SERTA CIKGU MAAFKAN SEGALA KESILAPAN KALIAN YANG TELAH KUANGGAP SEBAGAI
ANAK-ANAKKU.
No comments:
Post a Comment