Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan perwatakan watak sampingan yang terdapat dalam
novel tersebut.
[ 8 markah ]
SOALAN INI
MEMERLUKAN CALON MENGEMUKAKAN SATU PERWATAKAN BAGI KEDUA-DUA NOVEL. MAKSUDNYA
SATU PERWATAKAN BAGI SETIAP NOVEL.ADA DUA WATAK YA.
Novel yang saya kaji di tingkatan 4 ialah novel Melunas Rindu hasil
karya Hartini Binti Hamzah dan novel Kabus di Perbukitan karya Mohamad Kholid
Hamzah di tingkatan 5. Berdasarkan dua buah novel tersebut terdapat beberapa perwatakan
watak sampingan yang dikemukakan oleh pengarang.
Antara watak sampingan yang terdapat dalam novel Melunas
Rindu ialah watak Cikgu Farhana. Cikgu Farhana mempunyai perwatakan seorang
guru yang gigih mendidik anak muridnya. Pengarang menggambarkan Farhana
bertubuh kecil molek, berkulit putih dan cantik orangnya. Farhana berkelulusan
Ijazah Sarjana Muda dalam Bahasa Inggeris dari universiti luar negara. Farhana
berumur dua puluh empat tahun..Farhana bekerja sebagai guru Bahasa Inggeris di
Sekolah Menengah Seri Setia. Di sekolah itu dia diamanahkan untuk menjadi Ketua
Panitia Bahasa Inggeris dan membantu Pengetua dan Penolong Kanan dalam
menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan mata pelajaran Bahasa Inggeris.
Pengarang telah memaparkan watak Cikgu Farhana, seorang guru bahasa
Inggeris yang juga merupakan Ketua Panitia Bahasa Inggeris di Sekolah Menengah
Seri Setia begitu gigih mendidik anak-anak muridnya supaya berjaya dalam
pelajaran. Beliau bersama-sama Cikgu Fuad yang merupakan guru sandaran di
sekolah tersebut telah berusaha merancang program peningkatan prestasi murid-muridnya
yang terdiri daripada anak-anak nelayan dan petani dalam mata pelajaran Bahasa
Inggeris. Fuad telah mencadangkan Program English Personal Guidence untuk
membantu anak-anak muridnya dalam mata pelajaran bahasa Inggeris.
Sementara itu, dalam novel Kabus di
Perbukitan, antara watak yang dipaparkan oleh pengarang
ialah watak Buyung. Perwatakan Buyung seperti yang digambarkan dalam novel
tersebut ialah seorang yang prihatin terhadap kesusahan orang lain. Buyung yang menjadi rakan kepada Mejar (B) Kamarudin
dalam ATM dahulu dan kini bertugas dengan Perhilitan di Kuala Kubu Bharu telah
menolong menjejaki Faridah seorang pekerja sukarela JKM dan kanak-kanak OKU
iaitu Muhamad Iqbal bin Abdullah yang hilang setelah Ops PDK ditamatkan.
Faridah dan Iqbal yang terlibat dalam kemalangan ketika menuruni Bukit Fraser
tidak berjaya ditemui setelah dua minggu operasi menyelamatkan mereka
dijalankan. Buyung telah membantu sahabat yang pernah sama-sama bertugas dengannya
kira-kira 15 tahun dahulu mencari anaknya yang dipercayai ada di Bukit Kutu.
Mejar (B) Kamarudim dan Buyung akhirnya berjaya menemui mereka bersua di sebuah
perkampungan masyarakat orang Asli Temuan.
Kedua-dua buah novel sememangnya telah
memaparkan beberapa perwatakan watak sampingan untuk menjadikan cerita lebih
menarik.
No comments:
Post a Comment