Tukarkan cakap ajuk di bawah ini
kepada cakap pindah.
Norhayati:
Syikin, mengapa Syikin tidak datang ke sekolah semalam?
Norasyikin:
Syikin minta maaflah. Semalam Syikin ada hal di rumah.
Norhayati:
Apa halnya? Ceritakanlah kepada Yati. Andainya susah, sama-samalah kita
tanggung.
Bukankah kita sudah lama berkawan?
Norsyikin:
Sebenarnya ibu Syikin sakit.
Sambungkan ayat-ayat di bawah supaya
menjadi tiga ayat sahaja. Susunan dan maksud asal ayat tersebut hendaklah
dikekalkan.
Kerajaan akan menimbangkan satu
cadangan. Cadangan itu supaya lepasan sekolah menyertai program kerahan tenaga.
Hal ini merupakan usaha mengurangkan gejala sosial dalam kalangan belia.
Program ini dicadangkan berkonsepkan kebajikan. Program ini bertujuan mengisi
masa lapang pelajar selepas mengambil peperiksaan. Cadangan ini supaya
diwujudkan program latihan. Program latihan itu menerapkan disiplin ala-tentera
di kalangan pelajar. Program itu menerapkan pembinaan diri dalam kalangan
pelajar. Program ini menerapkan sahsiah dalam kalangan pelajar.
Tukarkan ayat aktif yang berikut
kepada ayat pasif,
1.
Kucing itu menggigit anak tikus yang hampir mati itu.
2.
Muthu mengunyah daging kambing yang liat itu.
3.
Julia menjahit baju kurung itu.
4.
Salina sedang membancuh kopi di dapur.
5.
Md. Noor menternak udang galah secara besar-besaran.
6.
Emak sedang mengoreng ikan parang untuk makan malam.
Jawapan:
Norhayati
ingin tahu sebab Norasyikin tidak datang ke sekolah pada hari semalamnya.
Norasyikinmeminta
maaf kepada Norhayati dan menyatakan yang dia ada hal di rumahnya. Norhayati
ingintahu
sebab Norasyikin tidak ke sekolah dan meminta agar Norasyikin menceritakan
kepadanya.Norhayati
menegaskan bahawa sebarang kesusahan perlu ditanggung bersama kerana mereka sudah
lama berkawan. Norsyikin memberi tahu keadaan sebenar iaitu ibunya sedang
sakit.
Jawapan:
1.
Kerajaan akan menimbangkan satu cadangan supaya lepasan sekolah menyertai
program kerahan tenaga dalam usaha mengurangkan gejala sosial dalam kalangan
belia.
2.
Program ini dicadangkan berkonsepkan pembinaan disiplin kendiri dan kebajikan
untuk mengisi masa lapang pelajar selepas mengambil peperiksaan.
3.
Cadangan itu supaya diwujudkan program latihan yang menerapkan disiplin
ala-tentera, pembinaan diri dan
menerapkan sahsiah di kalangan pelajar
Jawapan:
1.
Anak tikus yang hampir mati itu digigit oleh kucing itu.
2.
Daging kambing yang liat itu dikunyah oleh Muthu.
3.
Baju kurung itu dijahit oleh Julia.
4.
Kopi di dapur sedang dibancuh oleh Salina.
5.
Udang galah diternak secara besar-besaran oleh Md. Noor.
6.
Ikan parang sedang digoreng untuk makan malam oleh emak.
No comments:
Post a Comment