LATAR MASYARAKAT
Huraikan
dua latar masyarakat yang terdapat dalam
novel yang anda pelajari.
[
8 markah ]
SOALAN INI MEMERLUKAN CALON
MENGEMUKAKAN 2 LATAR MASYARAKAT DARIPADA SEBUAH NOVEL YANG DIKAJI.
CARA MENJAWAB:
Novel yang saya kaji di tingkatan 4
ialah novel Melunas Rindu hasil karya Hartini Binti Hamzah. Berdasarkan novel
tersebut, pengarang telah menggunakan pelbagai
latar masyarakat bagi menjadikan
jalan cerita novel yang ditulis lebih menarik.
Antara latar masyarakat yang
terdapat dalam novel tersebut ialah latar
masyarakat guru yang gigih mendidik anak bangsa. Sebagai contoh, pengarang
telah memaparkan watak Cikgu Farhana,
seorang guru bahasa Inggeris yang juga merupakan Ketua Panitia Bahasa Inggeris
di Sekolah Menengah Seri Setia
begitu gigih mendidik anak-anak muridnya supaya berjaya dalam pelajaran. Beliau bersama-sama Cikgu Fuad yang merupakan guru sandaran
di sekolah tersebut telah berusaha merancang program peningkatan prestasi
murid-muridnya yang terdiri daripada anak-anak nelayan dan petani dalam mata
pelajaran Bahasa Inggeris. Fuad telah mencadangkan Program English Personal Guidence untuk membantu anak-anak
muridnya dalam mata pelajaran bahasa Inggeris. Fuad juga telah menunjukkan sikap masyarakat guru yang gigih apabila beliau memberikan kelas tambahan
sehingga lewat petang kepada murid-muridnya dalam usaha memastikan anak-anak
muridnya berjaya dalam pelajaran.(3m)
Selain itu, latar masyarakat yang
prihatin terhadap kesusahan orang lain juga dipaparkan oleh pengarang dalam
novel ini. Sebagai contoh, latar masyarakat ini ditunjukkan oleh watak utama
novel iaitu Fuad atau Abdul
Halim. Sebagai masyarakat kampung yang
tinnggal di kampung Danau Seberang,
Fuad telah membantu Borhan dan Masnah.
Sebaik sahaja Fuad mendapati Borhan tidak datang solat berjemaah di surau,
beliau telah ke rumah Borhan dan bertindak membantu Muhammad Alif anak Borhan yang demam ke Klinik Ihsan yang terletak di tengah-tengah bandar Kuala Terengganu
dengan menyewa kereta sewa Pak Omar.
Sebagai masyarakat yang prihatin dengan kesusahan orang lain, Fuad juga telah membayar bil rawatan anak Borhan.(3m)
Berdasrkan ke dua-dua contoh tersebut,
jelas menunjukkan pengarang telah menggunakan beberapa latar masyarakat untuk
menjadikan jalan cerita novel lebih menarik
No comments:
Post a Comment