Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan latar masyarakat yang terdapat dalam kedua-dua novel tersebut.
[8 markah]
SOALAN INI MEMERLUKAN CALON MENYATAKAN SAMA ADA PERSAMAAN ATAU PERBEZAAN LATAR MASYARAKAT BAGI KEDUA-DUA NOVEL.
Novel yang saya kaji di tingkatan 4
ialah novel Melunas Rindu hasil karya Hartini Binti Hamzah dan novel Kabus di Perbukitan karya Mohamad Kholid Hamzah di tingkatan 5. Berdasarkan dua buah
novel tersebut terdapat beberapa latar masyarakat yang dikemukakan oleh
pengarang.
Antara latar
masyarakat yang terdapat dalam novel Melunas Rindu ialah latar
masyarakat guru yang gigih mendidik anak bangsa. Sebagai
contoh, pengarang telah memaparkan watak CikguFarhana, seorang guru bahasa Inggeris yang juga merupakan Ketua
Panitia Bahasa Inggeris diSekolah
Menengah Seri Setia begitu gigih mendidik anak-anak muridnya supaya
berjaya dalam pelajaran. Beliau bersama-sama Cikgu Fuad yang merupakan guru sandaran di sekolah tersebut
telah berusaha merancang program peningkatan prestasi murid-muridnya yang
terdiri daripada anak-anak nelayan dan petani dalam mata pelajaran Bahasa
Inggeris. Fuad telah mencadangkan Program
English Personal Guidence untuk membantu anak-anak muridnya dalam
mata pelajaran bahasa Inggeris. Fuad juga telah menunjukkan sikap masyarakat
guru yang gigih apabila beliau memberikan kelas tambahan sehingga lewat
petang kepada murid-muridnya dalam usaha memastikan anak-anak muridnya berjaya
dalam pelajaran.
Sementara itu, dalam novel Kabus di Perbukitan, antara latar masyarakat yang dipaparkan oleh
pengarang ialah latar masyarakat yang prihatin terhadap
kesusahan orang lain. Buyung yang menjadi rakan kepada Mejar
(B) Kamarudin dalam ATM dahulu dan kini bertugas dengan Perhilitan di Kuala
Kubu Bharu telah menolong menjejaki Faridah seorang pekerja sukarela JKM dan
kanak-kanak OKU iaitu Muhamad Iqbal bin Abdullah yang hilang setelah Ops PDK
ditamatkan. Faridah dan Iqbal yang terlibat dalam kemalangan ketika menuruni
Bukit Fraser tidak berjaya ditemui setelah dua minggu operasi menyelamatkan
mereka dijalankan. Buyung telah membantu sahabat yang pernah sama-sama bertugas
dengannya kira-kira 15 tahun dahulu mencari anaknya yang dipercayai ada di Bukit
Kutu. Mejar (B) Kamarudim dan Buyung akhirnya berjaya menemui mereka bersua di
sebuah perkampungan masyarakat orang Asli Temuan.
Kedua-dua buah novel sememangnya telah memaparkan
beberapa latar masyarakat untuk menjadikan cerita lebih menarik.
No comments:
Post a Comment