Baca sajak berikut
dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan
ayat anda sendiri
Dirgahayu Bahasaku
Ahmad Sarju
Tempatmu di singgahsana
hati nurani bangsaku
warga yang berbudi
setia dan amanah.
Bahasa itu maruah bangsa
yang mesti dipelihara martabatnya
agar tetap kukuh dan ampuh
melayari lautan bijaksana
salam ikatan mesra dan teguh.
Cekal dan waja semangat pejuangku
hak bangsaku memilikimu
hak bangsaku mendaulatkanmu
di bumi bertuah ini
merentas dunia tak bertepi.
Sejarah bangsa mencatatkan kegemilangan
ke barat dan ke timur menjalin persaudaraan
gagah pelautku membelah lautan
ke utara dan ke selatan bahasaku mencengkam
dari pulau ke pulau menggilap mutiara silam.
Dirgahayu bahasaku
di arena antarabangsa suaramu tumbuh
menusuk kalbu lagu bahasamu
bahasamu bahasa minda
mudah akrab dan bertatasusila
daripada bangsa yang bernama Melayu
menempa kejayaan di alaf baru.
(September 2000)
Manuskrip Luka Bangsa, 2006
Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA
(i) Berikan maksud dirgahayu bahasaku berdasarkan sajak tersebut? [2 markah]
(ii) Pada pendapat anda, mengapakah masih ada
segelintir masyarakat Melayu yang
enggan
bertutur menggunakan bahasa Melayu. [4
markah]
(iii) Nyatakan
tiga nilai murni yang terdapat dalam
sajak tersebut. [3
markah]
JAWAPAN:
-
semoga bahasa Melayu terus berkembang
(ii) Sebab
segelintir masyarakat Melayu enggan
bertutur menggunakan bahasa Melayu:
-
tanggapan masyarakat bahawa bertutur bahasa Melayu melambangkan status yang
rendah
-
mengagung-agungkan bahasa Inggeris
-
bahasa Melayu bukan bahasa antarabangsa
-
bahasa Melayu tiada nilai komersial
(iii) Nilai
murni:
-
nilai cinta akan bahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi
negara ini
-
nilai tanggungjawab iaitu memastikan bahasa Melayu tidak pupus dan dicemari
-
nilai hemah tinggi iaitu menyanjungi kedaulatan bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan
-
nilai kesyukuran iaitu bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu yang terkenal dan
digunakan secara meluas
CARA JAWAB:
Antra nilai murni yang terdapat dalam sajak ialah nilai
No comments:
Post a Comment