Soalan 2(c) - Petikan Prosa
Tradisional
Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti,
kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda
sendiri.
Setelah seketika itu
maka bayan itu pun menjadi nuri datang ke atas ribaan tuan
puteri itu seraya berpantun,
demikian bunyinya:
Pergi
ke padang membakar puan
Ikat timba bertali-tali;
Datang dagang mengadap tuan,
Minta
perhamba sekali-kali.
Setelah Tuan Puteri Mandu
Ratna Dewi mendengar serta dayang-dayang dan inang pengasuh melihat nuri itu
berpantun, maka asuh sekalian itu pun hairanlah di dalam hatinya. Maka kata
tuan puteri di dalam hati, “Bijaksana sekali Raja Indera Bumaya itu.” Maka kata
tuan puteri, “Hai nuri ,di manakah Raja Indera Bumaya itu sekarang?” Maka sahut
nuri itu, “Ya tuanku tuan puteri, adapun baginda itu hampirlah ke negeri ini.”
Maka tuan puteri pun berahilah hendak melihat akan Raja Indera Bumaya itu. Maka
tuan puteri pun berkata, “Hai nuri ,dapatkah engkau tunjukkan aku rupanya Raja
Indera Bumaya itu?” Maka sahut nuri itu, “Dapatlah juga patik tunjukkan.” Maka
nuri itu pun menyelit dada tuan puteri itu dengan sayapnya, maka kelihatanlah
rupa Raja Indera Bumaya itu kepada tuan puteri itu. Syahadan, seketika itu maka
nuri itu pun menjadi bunga yang sudah dikarang dengan cemerlang terlalu
indah-indah rupanya. Setelah tuan puteri dan segala dayang-dayang melihat nuri
itu menjadi bunga maka tuan puteri hairanlah seraya mengambil bunga itu lalu
diciumnya.
Setelah maka Raja Indera Bumaya pun
mengembalikan dirinya yang sediakala duduk di kanan Tuan Puteri Mandu Ratna
Dewi.
(Dipetik daripada „Hikayat Langlang Buana‟. dalam antologi Dirgahayu Bahasaku,Dewan
Bahasa dan Pustaka)
(i) Berikan maksud rangkai
kata dikarang dengan cemerlang dalam petikan di atas.
[2 markah]
(ii) Nyatakan beberapa
keistimewaan yang dimiliki oleh nuri. [3 markah]
(iii) Pada pendapat anda,
adakah wajar Raja Indera Bumaya menyamar diri semata-mata untuk memikat hati
tuan puteri? [3
markah]
JAWAPAN
i)
Maksud rangkai kata dikarang dengan cemerlang ialah :
Digubah dengan begitu elok / indah sekali.
(ii) Beberapa keistimewaan yang dimiliki oleh
nuri ialah :
Pandai berpantun
Boleh memberitahu di mana Raja Indera
Bumaya kepada tuan puteri.
Boleh menunjukkan rupa Raja Indera Bumaya
kepada tuan puteri.
Bertukar menjadi bunga.
(iii)
Wajar Kerana
keselamatan dirinya lebih terjamin.
Untuk mengaburi mata pihak musuh.
Untuk menyelidiki sesuatu perkara tanpa
diketahui oleh orang lain.
Untuk memperdaya pihak musuh
Untuk memikat hati orang lain.
Tidak wajar Kerana
tidak ikhlas atau menipu.
Akan membahayakan diri sendiri.
Akan hilang kepercayaan orang lain terhadap
kita.
Mudah untuk kita terpengaruh dengan perkara
negatif.
Akan dianggap oleh orang lain sebagai
pengecut
No comments:
Post a Comment