Karya-karya sastera
merupakan medan terbaik untuk menerapkan nilai-nilai kemanusiaan ke dalam jiwa generasi muda.
Huraikan nilai-nilai kemanusiaan dalam novel yang pernah anda baca.
Pendahuluan
·
Karya
sastera merupakan medan
yang digunakan oleh penulis untuk mendidik masyarakat-menerusi karya sastera
pelbagai nilai murni diterapkan.
·
Nilai
kemanusiaan ialah perasaan kasih sayang terutama kepada orang yang lebih tua,
perasaan nasihat-menasihati, tolong-menolong , dan memberi tunjuk ajar. Semangat juang yang
tinggi dan gigih berusaha juga terangkum dalam aspek ini.
Isi-isi
· Novel
Perlumbaan Kedua mengisahkan
kebijaksanaan dan kematangan Tuk Kura yang
dapat mengalahkan Arnab Putih yang jauh lebih muda daripadanya—mesejnya
di sini ialah Tuk Kura
menyusun strategi untuk menghadapi
perlumbaan dengan Arnab Putih. Sebelum itu Tuk Kura dicemuh-cemuh oleh
kaumnya sendiri—cemuhan itulah yang
menguatkan tekad dan azam Tuk
Kura sehingga akhirnya menang. Di sebalik kejayaan mutlak tersebut, Tuk Kura
menasihati cucunya supaya hidup
berdikari.
· Novel
Di Hadapan Pulau pula mengungkapkan
kesengsaraan dan penderitaan hidup penduduk semasa pendudukan Jepun. Penderitaan tersebut
menyebabkan Rosiah mengabaikan nilai moral untuk meneruskan hidup. Secara
tersiratnya novel mengandungi
pengajaran. Contohnya, Syed Fikri sentiasa menasihati Aziz dan rakan-rakanya agar bersembahyang memanjatkan doa kepada Ilahi
ketika menempuh kesengsaraan pada zaman
Jepun. Semangat tolong-menolong juga dapat dilihat apabila Dorani dan Zubir menolong Mak Ketong
membina ‘shelter’
· Novel Bukit Kepong bertemakan perjuangan mempertahankan
tanah air. Pengajarannya di sini ialah semangat juang yang tinggi dan bekerjasama mempertahankan tanah air daripada
serangan komunis. Semangat yang begitu
kuat dan kerjasama yang terjalin antara penduduk kampung mempertahankan
balai polis yang menghadapi serangan
yang begitu hebat.
· Dalam Novel Putera Gunung Tahan pula, Ishak Haji Muhammad
membangkitkan tema nasionalisme. Nilai kemanusiaannya disini ialah kegigihan Ratu Bongsu mempertahankan Gunung Tahan daripada diambil oleh Inggeris.
Kegigihan tersebut sepatutnya menjadi
contoh kepada generasi kini yang sepatutnya insaf untuk terus menjaga
keamanan dan kedaulatan negara
· Nilai jati diri-Novel Kabus di Perbukitan karya mohamad
Kholid Hamzah-watak utama Faridah biarpun telah 25 tahun tinggal di New Zealand
dan berkhawin dengan Soleh Johnson tetap mengekalkan jati dirinya sebagai orang
Melayu yang beragama Islam-kembali ke Malaysia-hujan emas di negeri orag hujan
batu di negeri sendiri lebih baik di negeri sendiri.
Penutup
- Nilai-nilai
kemanusiaan yang diterapkan dalam
novel mampu memupuk nilai murni dalam kalangan generasi muda. Jiwa
murni yang dipupuk melalui karya dapat melahirkan insan yang berbudi
pekerti mulia dan bertanggungjawab.
No comments:
Post a Comment