NOTA;GUNAKAN UNTUK MENJAWAB SOALAN PERANAN PELBAGAI PIHAK/TANGGUNGJAWAB BERSAMA
PENDAHULUAN
Seiring dengan pembangunan pesat yang dijalankan di negara ini sejak
satu dasawarsa dahulu, negara kita telah
........................................... dalam usaha menuju ke Wawasan 2020
yang diidam-idamkan. Selama ini, masalah
.............................................. telah berakar umbi di negara ini
serta menjadi semakin kronik belakangan ini bagai bangkai gajah yang tidak dapat
ditutupi dengan nyiru lagi.
Masalah ............................. tidak seharusnya dipandang enteng.
........................................................ sekitar hendaklah
dikenal pasti supaya langkah-langkah pencegahan dapat diambil demi
kesejahteraan hidup sejagat.. Secara keseluruhannya, langkah-langkah yang
proaktif dan efektif harus diberikan penekanan dalam usaha
..................................Oleh itu, semua pihak haruslah memainkan
peranan masing-masing kerana bertepuk
sebelah tangan takkan berbunyi.
PIHAK
KERAJAAN MENGADAKAN KEMPEN
Langkah awal ialah kerajaan
perlulah mengadakan satu kempen kesedaran yang efektif. Kempen kesedaran ini
boleh menggunakan kecanggihan media massa yang wujud di negara ini untuk
mencapai tahap keberksanan yang sebaik mungkin. Dalam kempen ini dijelaskan
cara-cara ..............................................................,
faedahnya dan dirangka dalam satu bentuk yang mudah untuk difahami oleh remaja
kita semua. Maka, kempen yang dirangka dengan baik dan dilaksanakan sepanjang
tahun berupaya untuk membentuk satu kesedaran dalam naluri masyarakat kita
terutamanya remaja yang sememangnya dahaga akan kesedaran sejati itu.
IBU BAPA
Ibu bapa memainkan peranan
yang signifikan dalam memastikan .............................................Ibu
bapa haruslah menitikberatkan didikan agama yang mantap dalam diri kanak-kanak
sejak bangku sekolah lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Dengan adanya didikan agama yang teguh, insan yang
..............................................................................
dapat dilahirkan. Selain itu, ibu bapa harus menunjukkan perlakuan yang baik
dalam aspek ............................................... tanpa mengira di
mana jua berada kerana tingkah laku mereka akan menjadi teladan dan ikutan
anak-anak mereka kerana ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Ibu
bapa tidak seharusnya bersikap seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus,
sedangkan dirinya berjalan senget. Misalannya, ibu bapa
..........................................................................
Dengan ini, anak-anak yang masih berumur setahun jagung dan berdarah
setampuk pinang akan mencontohi perbuatan ibu bapa mereka dan akan
dijadikan sebagai amalan dalam kehidupan mereka kerana alah bisa tegal
biasa. . Ibu bapa haruslah memaparkan kepada anak mereka bahawa mereka
............................................................... yang akan
meninggalkan kesan mendalam dalam pemikiran anak mereka itu kelak. Kalau sejak
kecil remaja sudah didedahkan dengan sikap ibu bapa merek sendiri yang
........................................sudah pasti sikap yang positif ini akan
terus tertanam dalam jiwa mereka. Sesungguhnya bapa borek anak rintik menjadi
bukti bahawa teladan ibu bapa yang mampu mewujudkan ..............................dalam
jiwa remaja kita itu. Jadi, didikan ibu bapa amat penting dalam memastikan
...............................................
GURU
Selain itu, guru juga
memainkan peranan yang penting dalam memupuk ................ dalam sanubari
para pelajar. Pendidikan Moral dan Pendidikan Agama yang menekankan pembentukan
insan yang berkeperibadian mulia dan murni telah diterapkan dalam sistem
pendidikan negara kita. Guru perlu mengajar murid tentang kepentingan ...........................................
Guru tidak seharusnya leka dalam menjalankan obligasi mereka sebagai pendidik
yang berkesan kerana setiap ajaran guru akan melekat dalam sukma pelajar dan
akan diaplikasikan dalam kehidupan mereka. Sehubungan dengan itu, guru perlu
menitikberatkan aspek .................. di dalam kelas di samping menekankan kepentingan
........ Mata pelajaran Pendidikan Moral dan Pendidikan Agama Islam perlu
diajar oleh guru-guru dengan pengisian aktiviti pembelajaran yang menarik dan
berkesan supaya obejektif yang dirancang tidak tersasar. Langkah yang
dijalankan dengan penuh istiqamah ini sudah pasti dapat mendidik generasi muda
kita tentang ..............................
MEDIA
MASSA
Peranan media massa juga
tidak dapat diketepikan memandangkan media massa seperti radio, televisyen dan
suratkhabar mendatangkan pengaruh yang mendalam dalam kehidupan sehari-hari.
Rancangan dan program yang dapat menyemaikan sikap ........................................
harus disiarkan melalui saluran media bercetak dan media elektronik dari semasa
ke semasa untuk menyedarkan rakyat tentang peri pentingnya ...............................................
Kempen-kempen seperti.................
patut digiatkan dan diharapkan dapat membangkitkan kesedaran................................
dijalankan oleh pihak media massa seharusnya tidak bersifat hangat-hangat tahi ayam. Melalui kempen
kesedaran ini, masyarakat diseru untuk .........................................
Jadi, kempen kesedaran ini dapat mencapai matlamatnyai apabila semua rakyat
sedar akan ...................................
DIRI
SENDIRI
Remaja dan belia pada masa ini banyak terdedah kepada
pelbagai bentuk cabaran sama ada dari segi pengaruh media massa, pengaruh atau
desakan daripada rakan sebaya serta ibu bapa .Zaman
remaja merupakan masa untuk mencari identiti dan jati diri. Pada masa inilah
berlakunya anjakan dari zaman kanak-kanak yang penuh dengan imaginasi dan
menghiburkan, kepada zaman penuh kekeliruan dan pembinaan ego diri seorang
manusia.
Remaja merupakan
golongan berusia 13 hingga 19 tahun. Ada pihak yang mendefinisikan remaja
sebagai satu golongan manusia yang berada di zon peralihan, iaitu antara usia
sebaik sahaja akil baligh dengan usia mencapai kematangan. Usia remaja selalu
dikaitkan dengan zaman persekolahan, kerana lazimnya di negara maju atau
membangun, usia remaja adalah usia seseorang individu itu dalam proses mendapat
pendidikan primer yang formal.
- Melengkapkan
diri dengan ilmu keagamaan -
Setiap agama menggariskan penganutnya - mendekati kebaikan - menjauhi
kejahatan - remaja perlu bertindak bijak untuk tahu apa yang dilarang dan
dibenarkan dalam agama - apabila mempunyai pegangan agama yang kukuh -
secara automatik remaja tahu membataskan diri dalam pergaulan dan gaya
hidup.
- Memperkukuh
jati diri - remaja akan lebih
menghargai diri sendiri - hindarkan diri daripada terlibat dengan gejala
negatif [nyatakan beberapa contoh]
- Memilih
rakan sebaya yang baik - remaja
lebih banyak menghabiskan masa dengan rakan sebaya - perlu bijak memilih
kawan - aktiviti dan tindakan rakan-rakan akan mempengaruhi remaja -
sekiranya pilih teman yang suka melepak - tidak mustahil remaja akan
terlibat sama
- Mengisi
masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah - didik diri menghargai masa - lakukan
aktiviti/pilih hobi yang mendatangkan manfaat seperti membaca, bercucuk
tanam, menghadiri kelas-kelas kemahiran seperti komputer/jahitan - isi
masa dengan perkara yang berfaedah - tidak akan terfikir langsung untuk
menghabiskan masa dengan sia-sia
- Sentiasa
mematuhi nasihat ibu bapa dan guru -
orang yang lebih tua lebih dahulu makan garam - mereka lebih
berpengalaman - dengar nasihat dan teguran mereka - pada usia remaja -
gagal fikir dengan baik - sentiasa berfikiran positif menerima
teguran dan bimbingan
- Mendisiplinkan
diri serta mematuhi peraturan yang ditetapkan - remaja memang penuh dengan naluri ingin mencuba -
jiwa remaja juga cepat memberontak jika dikongkong - perlu disiplinkan
diri dan belajar mematuhi setiap peraturan dan larangan (peraturan di
sekolah, di asrama atau di rumah) - membentuk diri supaya menjadi insan
yang lebih baik
-
remaja yang harus bertanggungjawab atas diri
sendiri - Tepuk dada tanya selera - perlu bijak berfikir untuk masa depan -
bukan sekadar keseronokan sementara semata-mata
KESIMPULAN
Natijahnya, semua pihak
berwajib perlulah memikul dan melaksanakan obligasi masing-masing dengan sempurna.
Hal ini kerana usaha daripada satu pihak sahaja tidak akan mendatangkan apa-apa
hasil, seperti kata pepatah bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi.
Kerjasama dan usaha bersungguh-sungguh perlulah dilakukan secara berterusan,
bukan bersifat hangat-hangat tahi ayam atau melepaskan batuk di tangga sahaja. Tanpa
kerjasama yang menyeluruh, usaha untuk ..........................akan menjadi
sia-sia seperti mencurahkan air ke daun keladi. Oleh itu, setiap .............................perlu
bersinergi bagai aur dengan tebing dan mengamalkan sikap berat sama
dipikul, ringan sama dijinjing untuk .............................................
Sesungguhnya, kita mampu untuk melakukannya kerana di mana ada kemahuan, di
situ ada jalan.pelbagai pihak perlulah memainkan peranan dan tanggungjawab
masing-masing kerana kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Maka,
sebelum nasi menjadi bubur, marilah sama-sama kita mempraktikkan.................................
boleh beri kan lgi contoh jawapan?
ReplyDelete👍👍👍
ReplyDelete👍👍👍
ReplyDelete👍👍👍
ReplyDelete