Baca sajak berikut dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Dirgahayu Bahasaku
Ahmad
Sarju
Tempatmu
di singgahsana
hati
nurani bangsaku
warga
yang berbudi
setia
dan amanah.
Bahasa
itu maruah bangsa
yang
mesti dipelihara martabatnya
agar
tetap kukuh dan ampuh
melayari
lautan bijaksana
salam
ikatan mesra dan teguh.
Cekal
dan waja semangat pejuangku
hak bangsaku memilikimu
hak bangsaku
mendaulatkanmu
di
bumi bertuah ini
merentas
dunia tak bertepi.
Sejarah
bangsa mencatatkan kegemilangan
ke
barat dan ke timur menjalin persaudaraan
gagah
pelautku membelah lautan
ke
utara dan ke selatan bahasaku mencengkam
dari
pulau ke pulau menggilap mutiara silam.
Dirgahayu
bahasaku
di
arena antarabangsa suaramu tumbuh
menusuk
kalbu lagu bahasamu
bahasamu
bahasa minda
mudah
akrab dan bertatasusila
daripada
bangsa yang bernama Melayu
menempa
kejayaan di alaf baru.
(September
2000)
Manuskrip
Luka Bangsa, 2006
Persatuan
Penulis Nasional Malaysia
(PENA)
(i)
Berikan maksud
hak bangsaku mendaulatkanmu
di bumi bertuah ini [2 markah]
(ii)
Pada pendapat anda, mengapakah bahasa Melayu perlu didaulatkan? [4
markah]
(iii)
Nyatakan tiga pengajaran yang terdapat dalam sajak tersebut. [3 markah]
JAWAPAN
(i) Maksud:
-
bangsa Melayu berhak memartabatkan bahasa Melayu di negara ini
(ii) Sebab:
-
bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan / bahasa rasmi
-
bahasa Melayu lambang perpaduan rakyat berbilang-bilang kaum
-
bahasa Melayu merupakan bahasa ilmu untuk memajukan agama, bangsa dan negara
-
bahasa Melayu merupakan bahasa pengantar di sekolah-sekolah
(iii) Pengajaran:
-
kita hendaklah cinta akan bahasa Melayu yang menjadi bahasa rasmi negara Malaysia
-
kita hendaklah mengekalkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
-
kita mestilah mempertahankan martabat bahasa Melayu sebagai lambang jati diri
bangsa daripada dicemari oleh bahasa asing
-
kita haruslah menghormati bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam
pelbagai bidang
-
kita haruslah bersyukur kerana bahasa Melayu yang diwarisi sejak turun-temurun
masih diamalkan hingga kini
No comments:
Post a Comment