SELAMAT DATANG KE BLOG CIKGU TUM DAN MARI BELAJAR BAHASA MELAYU BERSAMA-SAMA SAYA! TERIMA KASIH.

”Selamat Datang ke Blog Saya dan Mari Belajar Bahasa Melayu”

Bersama-sama memartabatkan Bahasa Melayu dan memperkasa Bahasa Inggeris

Friday, 1 November 2013

PERISTIWA PENTING KABUS DI PERBUKITAN


                               NOVEL KABUS DI PERBUKITAN: MOHAMMAD KHOLID HAMZAH
BIL
PERISTIWA PENTING
UNSUR  SASTERA
1
PERMULAAN
Rahayu berasa sakit tekak ketika bangun pagi(6.00 pagi)dan teringat  tugasan MP 3714. Rahayu terasa lehernya sakit dan mempunyai bengkak. Dia berfikir bahawa mungkin kesakitan adalah berpunca daripada ulser
Binaan plot-permulaan
Latar masa
2
PERMULAAN
Rahayu dan Azrul bertemu di kafeteria di Universiti Putra Malaysia (8.00Pagi).Kedua-dua merupakan mahasiswa tahun kedua Fakulti Ekologi Manusia.Mereka kemudian ke perpustakaan . Semasa menuju ke bahagian Malaysiana. Tiba-tiba Rahayu terasa dia sedang menuju pengadang jalan, dilanggar pengadang jalan tersebut dan dia jatuh ke dalam gaung. Rahayu meminta tolong kemudian jatuh pengsan

Binaan plot-permulaan
Latar masa
Latar tempat

Latar masyarakat -Masyarakat pelajar di universiti tempatan
3
PERMULAAN
Faridah dalam perjalanan menuju Raub setelah mengurus program anak-anak istimewa di Bukit Fraser.(perkhemahan tahunan Pusat Pemulihan dalam Komuniti(PDK)
Ketika memandu, tiba-tiba Iqbal, seorang kanak-kanak istimewa menepuk bahunya dan bertanya hala tuju mereka. Faridah terperanjat kerana tidak menyangka Iqbal boleh berada di dalam van sedangkan sebentar tadi dia bersama-sama Mastura , rakan sekerja Faridah. Dia tertekan brek secara tiak sengaja. Malangnya dia tidak dapat mengawal van yang dipandunya. Van terlanggar pengadang jalan dan terhumban ke dalam gaung

Binaan plot-permulaan
Teknik kejutan
Teknik saspens
Perwatakan Faridah-penyayang
Nilai-kasih sayang



4
PERKEMBANGAN

Hamidah mendapat berita tentang Rahayu yang dirawat di Hospital Universiti Kebangsaan, Cheras. Dia menerima panggilan daripada UPM.Dia di sambut oleh Azrul di lobi HUKM.Dr.Susan meminta kebenaran agar ujian biopsi ke atas Rahayu dapat dijalankan untuk mengesan sel-sel kanser. Hamidah memberikan kebenaran agar ujian biopsi dijalankan terhadap Rahayu-menjalani rawatan di wad merah jambu tingkat lima.wad pesakit kanser.Hamidah membenarkan ujian biopsi dijalankan. Dia mahu Rahayu sembuh. Dia mahu yang terbai untuk Rahayu dan dia mahu Rahayu plih. Rahayu dijaga oleh Hamidah.


Binaan plot-perkembangan
Perwatakan-Hamidah –penyayang
Latar tempat
Nilai-kasih sayang
5
PERKEMBANGAN
Pukul 5-00 pagi-Mejar (B) Kamaruddin mendapat panggilan daripada Cikgu Raduan kawan baiknya di Sungai Besar memaklumkan kehilangan Faridah. Dia termenung dan teringatkan anaknya yang ditinggalkan ketika berusia tujuh tahun. Ketika itu dia baru bertugas dalam ATM sebagai Leftenan di Kem Terendak Melaka. Dia sering ke kelab-Nirwana Night Club bertemu GRO. Dengan Leftenan Abdullah. Menari, minum bir dan terlena dalam pelukan GRO di bilik Karoke.
Binaan plot-perkembangan
Latar masa
Teknik plot-imbas kembali
Kritikan sosial/peristiwa yang tidak boleh dijadikan contoh/negatif
Perwatakan-Mejar (B) Kamaruddin-tidak bertanggungjawab
6

PERKEMBANGAN

Salmah yang tinggal di Kampung parit Tiga Sungai Besar telah didatangi  Ghazali (Pegawai JKM) dan Said (pemandu)-Ketika itu Salmah sedang memberi makan ayam dan itik-dia hampir teduduk di tepi tangga apabila diberitahu kehilangan Faridah dan Iqbal

Teknik plot-kejutan/saspens
Latar tempat
Binaan plot-perkembangan
7
PERKEMBANGAN

Mejar(b) Kamarudin mengambil keputusan untuk mencari Faridah yang telah berpisah dengannya sejak 20 tahun akibat perceraian-dengan bantuan Buyung setelah OPS PDK  yang dilancarkan untuk menyelamatkan Faridah dan Iqbal ditamatkan oleh Acp Ahmad Dan bin Mokhtar selaku OCPD Daerah Raub di bilik gerakan ibu pejabat polis Daerah Raub.Kamaruddin percaya Faridah masih hidup.

Binaan plot-perkembangan
Latr masyarakat-kerjasama
Nilai-kerjasama
Perwatakan-penyayang
8

PERKEMBANGAN
Ghazali dan Said tiba di Rumah rehat Gap pada pukul 10 malam-mereka terlibat sama dalam usaha mencari Faridah dan Iqbal-mereka bermalam di Rumah Rehat Gap-Ghazali mengeluh dan bertanya kepada dirinya tentang nasib Faridah dan Iqbal yang berada dalam kesejukan tanpa pakaian tambahan dan mungkin hanya tidur bernaung di bawah rimbunan daun
Binaan plot-perkembangan
Latar tempat-Rumah Rehat Gap
Latar masa
Teknik plot-imbas muka
9
PERKEMBANGAN

Mejar (b) Kamarudin bersama-sama Buyung masuk ke hutan Bukit Kutu untuk mencari Faridah berdasarkan maklumat yang diperoleh melalui racauan Rahayu. Mereka akhirnya berjaya mengesan Faridah dan Iqbal di Sungai Dua di kawasan perkampungan Orang Asli .Faridah dibawa ke HKL dan Iqbal dengan helikopter .

Binaan plot-perkembangan
Nilai-kerjasama
Latar tempat



10
PERKEMBANGAN
Salmah memberitahu Faridah tentang Ghazali dan berharap Faridah dapat menerima Ghazali  sebagai suami.Faridah cuba membayangkan perasaannya sama ada gembira atau sedih apabila Salmah memberitahu Ghazali akan masuk meminang

Binaan plot
Teknik plot-imbas muka
11
PERKEMBANGAN
Faridah megikuti kursus Community Services for Disable People di New Zealand-6 bulan –berkhawin dengan Samuel Kirby Johnsons-mempunyai perusahaan dan penternakan milik keluarganya iaitu Pusat Penyembelihan Al-Hijrah yang menjalankan operasi penyembelihan kambing biri-biri secara halal dan mengikut hukum syarak dengan menggunakan khidmat beberapa orang pelajar dari Universiti berdekatan-Dia tinggal di Rosewood berdekatan Christchurch dan memiliki dua orang anak kembar , Melina dan Anne.-mengekalkan nama panggilannya ‘Idah’-membeli makanan (ayam dan rempah kari)di kedai Nomad’s-kedai makanan halal-mengakses Internet-siaran Radio Satu-lagu-lagu Melayu
Binaan plot-perkembangan
Perwatakan –Faridah
Latar tempat

12
Melina dan Benny  makan di sebuah  restoran India Utara di pusat bandar Auckland pada watu malam..Bennya gemar makanan pedas dan halal tetapi dia minm arak. Menurutnya tekaknya tidak biasa dengan makanan tidak halal tetapi menganggap arak walaupun haram tetapi mempunyai nikmat yang berlainan.
Latar tempat
Latar masa
Kritikan sosial/negatif


13
PERKEMBANGAN
Melina berkahwin dengan Benny seorang bangsa Arab warga Dubai.Benny mengajaknya ke Malaysia-mengambil keputusan bernikah-tak mahu tiada ikatan sah.Sebagai seorang Islam dia mahukan isteinya juga beragama Islam dan mahu melayari bahtera rumah tangga mengikut syariat. Dia menyataan hasratnya melamar Melina di kediaman  ibu bapa Melina di Christshurch.
Binaan plot-perkembangan
Latar masyarakat
Perwatakan Benny


14
PERKEMBANGAN

Faridah teringatkan peristiwa 25 tahun dahulu-ibunya Salmah meninggal dunia-tak lama selepas itu suaminya Ghazali meninggal akibat kemalangan jalan raya-dia hampir menjadi gila kerana tekanan perasaan-mengikuti kursus-teringatkan tanah kubur ibunya. Ayu dan Ghazali-di beranda rumahnya di Rosewood.

Binaan plot-perkembangan
Teknik plot-imbas kembali
Latar tempat
15

PERUMITAN

Benny melarikan diri pada awal pagi meninggalkan melina keseorangan di Marang , Terengganu setelah dimaklumkan Mohammed Attar telah ditahan kerana cuba meletupkan kasino di Pulau Sentosa. Benny menaiki bot di tengah lautan yang disediakan oleh an Anbia Family Limited Company untuk membawanya ke lokasi rahsia

Binaan plot-perumitan
Latar masa
Teknik plot-saspens
16

PERUMITAN

Melina tidak tahu tempat suaminya menghilang dan lebih merumitkan lagi apabila nama Benny tidak disenaraikan oleh polis Malaysia sebagai orang yang dikehendaki. Dia mengetahui berita tersebut di balai polis Marang dari Inspetor Radzi.
Binaan plot-perumitan
Teknik plot-saspens/kejutan

17

PUNCAK
Faridah , Soleh Johnsons dan Anne pulang bercuti di Malaysia untuk melawat Melina dan membincangkan perkahwinan Anne dengan Zain

Binaan plot-klimaks


18

PUNCAK
Perkahwinan Zain dan Anne yang melakar sejarah dua buah negara.tetamu pelbagai bangasa dari luar negara hadir.hotel, rumah tumpangan, rumah rehat, calet sekitar Teluk Intan, Sabak Bernam dan Sungai Besar habis ditempah. Perkahwinan mendapat liputan sebuah stesen televisyen.....
“perkahwinan dua negara




Binaan plot-klimaks
19
Muhammad Attar ditangkap oleh pihak Interpol kerana cubaan meletupkan sebuah kasino di Pulau Sentosa. Pada masa yang sama Melina melaporkan kehilangan Benny kepada pihak polis di Marang, Terengganu.Melina bertemu Inspektor Radzi.Dia dimaklumkan bahawa nama kkawan-kawan suaminya Mohamed Attar dan Noor Mohamed mencurigakan-ditahan oleh Interpol-Akta Keselamatan Dalam Negara-mengancam keselamatan



Binaan plot-klimaks
Teknik plot-saspens
20
PELERAIAN
Faridah pulang ke Sungai Besar . Pulang ke rumah ibunya. Menikmati dan mengenang semula kampung halamannya yang 25 tahun ditinggalkan
Faridah bersyukur kerana telah kembali ke tanah air dan berjanji membina jati diri bangsa.
Faridah berharap anak cucunya mewarisi jati diri bangsa dengan berpegang pada tali agama.
Faridah dan Soleh Johnsons menetap di Camerons Hihglands.

Binaan plot-peleraian
Perwatakan Faridah
Latar masyarakat-masyarakat 
yang ada jati diri
21

PELERAIAN
Anne dan Zain pulang ke New Zealand dan megambil alih perniagaan penternakan Soleh Johnsons. Soleh Johnsons dan Datuk Azrul mengusahakan kawasan peranginan ala Inggeris berkonsepkan agropelancongan di Tanah Tinggi Lojing.
Benny berjanji akan mempromosikan tempat peranginan tersebut di Dubai.Melina melahirkan anak lelaki pewaris al Anbia. Anne melahirkan anak kembar – Melinda dan Rahayu ( nama pilihan Faridah)

Binaan plot-peleraian
                 



No comments:

Post a Comment

Laman Guru Cemerlang

Kecekapan Berbahasa Guru Bahasa Melayu Dalam abad ke-21 ini, setiap guru Bahasa Melayu sama ada yang mengajar di peringkat sekolah rendah, sekolah menengah mahu pun di institusi pengajian tinggi seharusnya memiliki kecekapan berbahasa yang baik. Selain empat kemahiran asas yang diberi penekanan dalam melahirkan pelajar yang seimbang dari sgei kemahiran berbahasa, guru-guru Bahasa Melayu juga perlu menguasai kecekapan berbahasa antaranya seperti berikut:  Kecekapan berkomunikasi  Kecekapan berhujah dan membidas  Kecekapan berbincang dan mengulas  Kecekapan menyoal  Kecekapan menyatakan dan menghuraikan ilmu pengetahuan dan pendapat  Kecekapan membaca, memahami dan merumus teks  Kecekapan menganalisis dan mentafsir maklumat  Kecekapan membaca dan menaakul pelbagai bahan  Kecekapan membina ayat  Kecekapan menulis Guru-guru Bahasa Melayu dalam abad ke-21 perlu mempunyai tahap pengetahuan isi kandungan Bahasa Melayu yang baik. Perkembangan terkini dalam kurikulum pendidikan Bahasa Melayu sewajar diketahui oleh setiap guru. Antara pengetahuan isi kandungan Bahasa Melayu yang perlu difokuskan ialah:  Kesediaan guru Bahasa Melayu untuk menyampaikan bahan pengajaran merupakan perkara terpenting dalam pengendalian sesi pengajaran dan pembelajaran. Hal ini bermakna pengetahuan guru Bahasa Melayu tentang isi kandungan Bahasa Melayu merupakan kesediaan terpenting untuk memastikan keberkesanan pengajarannya.  Pengetahuan substantif, iaitu pengetahuan tentang apa yang ada dalam fakta atau konsep yang digunakan untuk menyusun idea dan maklumat tentang sesuatu tajuk dalam mata pelajaran Bahasa Melayu berkenaan. Hal ini bermakna setiap guru Bahasa Melayu seharusnya memiliki pengetahuan substantif ini, terutamanya bagi tajuk-tajuk yang melibatkan isu-isu semasa.  Pengetahuan sintaktik, iaitu pengetahuan tentang cara bagaimana sesuatu perkara itu dibentuk dan dihasilkan berdasarkan prosedur, kaedah dan proses yang melaluinya, sesuatu kebenaran dan pengetahuan baru dapat dibina. Hal ini bermakna setiap guru Bahasa Melayu perlu mengukuhkan kefahaman konseptual pelajar dengan menggunakan contoh, analogi, hujah secara logikal dan berhujah menggunakan asas fakta yang tepat mengikut tahap pemikiran pelajar.  Penguasaan ilmu, iaitu setiap guru Bahasa Melayu perlu menguasai ilmu tatabahasa dan ilmu pedagogi Bahasa Melayu. Pengetahuan isi kandungan subjek yang berkaitan dengan sukatan, sama ada secara langsung atau tidak secara langsung merupakan faktor penentu kefahaman pelajar terhadap apa yang diajarkan oleh guru Bahasa Melayu berkenaan. Hal ini bermakna tanpa menguasai ilmu Bahasa 5 Seminar Bahasa Melayu 2011 Melayu, boleh mengganggu pemahaman dan pengetahuan pelajar tentang tajuk yang dipelajari. Rumusannya, tahap keberkesanan pengajaran guru Bahasa Melayu banyak bergantung kepada pengetahuan isi kandungan subjek dan kemampuan guru mengurus masa untuk dimanfaatkan sepenuhnya dalam pengajaran. Pengetahuan isi kandungan Bahasa Melayu yang baik juga membantu guru merancang pengajaran harian, mingguan dan bulanan secara sistematik dan bertulis. Pengetahuan pedagogi mengajar bermaksud setiap guru perlu mempunyai pelbagai pengetahuan berkaitan pedagogi mengajar. Dalam konteks pendidikan Bahasa Melayu, setiap guru Bahasa Melayu sewajarnya memahami dan menguasai pelbagai kemahiran mengajar/pedagogi terkini yang melibatkan kaedah, pendekatan, teknik dan strategi mengajar Bahasa Melayu. Dalam pengajaran, seharusnya pelajar merasai dan dapat memahami bahawa guru Bahasa Melayu mereka seharusnya lebih mahir dan lebih mengetahui sesuatu tajuk yang dibincangkan berbanding pelajar. Hal ini boleh dilihat antara lain melalui pedagogi mengajar yang guru gunakan.  Pendekatan pengajaran: Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, terdapat banyak pendekatan pengajaran yang boleh digunakan di dalam bilik darjah. Selalunya guru-guru Bahasa Melayu akan menggunakan pendekatan konvensional dan tradisi yang sudah biasa digunakan dalam pengajaran seperti deduktik, induktik dan komunikatif. Kini sepatutnya guru-guru Bahasa Melayu perlu meneroka kepada pendekatan pengajaran terkini dan sesuai dengan tahap kognitif, kepelbagaian pelajar, kesesuaian tajuk yang diajar dan sebagainya. Antara pendekatan terkini yang boleh digunakan ialah pendekatan masteri, kontekstual, konstruktif, koperatif, kolaboratif, penyebatian kemahiran, penggabungjalinan pelbagai displin ilmu dan pembelajaran berasaskan masalah.  Kaedah pengajaran: Terdapat banyak kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sewajarnya setiap guru Bahasa Melayu mengetahui dan menguasainya. Di dalam kelas kepelbagaian pelajar, kaedah mengajar berpusat pelajar seharusnya diberi penekanan oleh guru Bahasa Melayu. Antaranya ialah kaedah perbincangan, main peranan, penyelesaian masalah, pembelajaran atas talian, inkuiri, sumbang saran 6 Seminar Bahasa Melayu 2011 dan sebagainya. Kaedah pengajaran yang banyak berpusatkan guru dan bahan tidak digalakkan digunakan oleh guru.  Teknik pengajaran: Teknik pengajaran adalah perincian daripada penggunaan sesuatu kaedah yang digunakan. Teknik pengajaran lebih kepada pelaksanaan bagaimana sesuatu kaedah pengajaran itu dapat dilaksanakan dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Teknik pengajaran merupakan kemahiran guru dalam mengelola dan melaksanakan kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Antara teknik mengajar yang biasa digunakan ialah teknik bercerita, bersyarah, perbincangan, demonstrasi, latih tubi, penyoalan, sumbang saran dan permainan. Tujuan menggunakan pelbagai teknik mengajar dalam situasi pengajaran adalah untuk menarik minat pelajar, mengekalkan perhatian serta membangkitkan rasa ingin tahu pelajar supaya mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Teknik-teknik pengajaran adalah kemahiran atau perkara-perkara khusus yang terdapat dalam sesuatu kaedah. Jika seseorang guru itu tidak dapat menguasai teknik-teknik yang ada pada sesuatu kaedah, maka kemungkinan besar matlamat kaedah itu akan tidak berhasil.  Strategi pengajaran: Peranan strategi pengajaran adalah lebih penting lagi jika kita mengajar pelajar-pelajar yang berbeza dari segi kebolehan, pencapaian, kecenderungan serta minat yang berbeza-beza. Kita perlu rancangkan pendekatan dan kaedah yang digunakan untuk mengajar kumpulan-kumpulan yang berbeza-beza itu. Contohnya, di dalam bilik darjah yang pelbagai tahap pencapaian, guru perlu memikirkan strategi pengajaran yang terdiri daripada pelbagai kaedah mengajar untuk memenuhi keperluan semua kumpulan. Di samping itu, setiap bilik darjah mempunyai halangan serta rintangan-rintangan yang tersendiri seperti keadaan fizikal, kemudahan bilik darjah, nilai, norma serta latar belakang sekolah dan pelajar. Lantaran itu, seseorang guru bukan sahaja mesti menguasai berbagai-bagai kaedah mengajar tetapi yang lebih penting lagi ialah bagaimana mengintegrasikan serta menyusun kaedah-kaedah itu untuk membentuk strategi pengajaran dan pembelajaran yang paling berkesan dalam pengajarannya.