Amalan berjimat cermat amat penting dalam menghadapi
krisis ekonomi hari ini. Berikan pendapat anda tentang peranan keluarga dalam
memupuk amalan berjimat cermat.
Pendahuluan :
Semua pihak telah sedia maklum, bahawa sejak tahun 2008 hingga 2011 merupakan tempoh getir. Kegetiran tersebut berpunca daripada suasana ekonomi dunia yang suram. Peningkatan mendadak harga minyak, perubahan suhu dunia, bencana alam, dan krisis bahan makanan telah menimbulkan pelbagai krisis ekonomi. Hingga hari ini suasana ekonomi dunia masih dalam suasana yang tidak menentu. Banjir besar yang melanda negara-negara pengeluar pertanian seperti Australia, India, dan Cina amat menakutkan kita. Walaupun Malaysia tidak begitu teruk terjejas, namun amaran seperti itu perlu diambil serius agar kita dapat menyediakan payung sebelum hujan. Bagi mendepani keadaan darurat seperti itu, setiap keluarga haruslah bijak memainkan peranan dalam memupuk amalan berjimat cermat dalam kalangan anggotanya.
Isi-isi penting :

Isi
1 : Amalan berjimat cermat hendaklah dimulakan di rumah – menanamkan asas
berjimat cermat dalam segala perkara yang bermula dari dalam ceruk dapur
sendiri – cermat tentang urusan harian, makan minum, dan perkara-perkara asas
Isi
2 : Ibu bapa hendaklah mendominasikan amalan hidup bersederhana – merancang
perbelanjaan mengikut kemampuan – tidak terlalu boros semata-mata tunduk kepada
kehendak nafsu (peribahasa: air perabung akan menitis melalui cucur atap =
perangai tidak baik ibu bapa ditiru oleh anak-anak)
Isi
3 : Merancang masa depan dengan mengutamakan tabiat menabung – strategi
bertindak sebelum datang sesuatu bencana (peribahasa: ingat sementara belum
kena, jimat sementara belum habis)-membua akaun bank
Isi
4 : Menyediakan pelan bertindak bajet keluarga – sistem bajet yang yang
dipatuhi – keutamaan diberikan kepada urusan-urusan yang lebih penting dahulu
(peribahasa: hendak kaya berdikit-dikit, hendak papa bertabur urai)
Isi
5 : Bijak menggunakan fikiran dan akal daripada dikuasai nafsu – memiliki daya
pertimbangan terhadap sesuatu perkara dengan berasaskan minda – keputusan tidak
dibuat berdasarkan keinginan dan runtunan nafsu – mengelakkan sikap suka
berlumba-lumba (peribahasa: gajah berak besar pelanduk pun nak berak besar
juga)
Kesimpulan :
Tuntasnya, dalam urusan berjimat cermat kita wajar berpegang kepada falsafah bahawa, “Seseorang yang bijak menguruskan perbelanjaan tidak bergantung kepada jumlah pendapatan seseorang itu, sebaliknya bergantung kepada berapa banyakkah yang seseorang itu boleh menyimpan?”. Oleh itu, berjimat cermatlah sebelum kita berhadapan dengan bankrap.

No comments:
Post a Comment