Dewasa ini,
komputer merupakan alat penting yang digunakan di kebanyakan
sekolah di negara kita. Sebagai contoh, komputer acapkali digunakan oleh
guru-guru semasa menyampaikan pengajaran kepada para pelajar. Kini boleh
dikatakan ramai dalam kalangan murid sekolah telah mahir dalam menggunakan
computer seperti kata kata peribahasa alah bisa tegal
biasa. Oleh itu, terdapat banyak faedah belajar menggunakan komputer.
Antara faedah
belajar menggunakan komputer ialah pelajar-pelajar dapat berkongsi maklumat bersama-sama rakan. Hal ini demikian kerana rakan-rakan yang berkebolehan dalam
mengendalikan komputer akan saling menunjuk cara dan menyampaikan maklumat
antara satu sama lain. Sebagai contoh, memuat turun bahan pembelajaran daripada
Internet dan lain-lain. Oleh itu belajar menggunakan komputer akan membentuk
perkongsian maklumat dalam kalangan pelajar.
Di samping itu,
belajar dengan menggunakan komputer akan menjadikan
aktiviti pembelajaran lebih menarik dan berkesan. Hal ini demikian kerana setiap pelajar akan berasa seronok dan ingin
melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran secara aktif. Sebagai contoh,
program Skor A atau program interaktif yang memerlukan pelajar menyelesaikan
tugasan secara langsung atas talian. Sudah terang lagi
bersuluh, belajar menggunakan komputer menjadikan suasana pembelajaran akan
lebih ceria.
Semenelahan itu pula, faedah
belajar menggunakan komputer adalah dapat menjimatkan
masa sesi pembelajaran. Pada kebiasaannya bahan-bahan
pembelajaran akan disediakan terlebih dahulu oleh guru atau
pelajar. Selain itu, tugasan atau latihan pelajar juga dapat
dijawab atas talian tanpa memerlukan bahan edaran bersesuaian dengan kata
peribahasa, masa itu emas. Oleh itu,
faedah belajar menggunakan komputer dapat menjimatkan masa dalam pembelajaran
dan pengajaran di dalam kelas.
Selain itu, belajar
menggunakan komputer boleh meningkatkan
prestasi akademik seseorang pelajar di sekolah. Hal ini
demikian kerana terdapat banyak informasi dan maklumat terkini boleh dijadikan
sumber ilmu. Sebagai contohnya, pelajar-pelajar boleh mengakses internet
untuk menambahkan ilmu pengetahuan dalam subjek tertentu. Jika ini
dilakukan, sudah tentu pelajar-pelajar boleh meningkatkan kejayaan dalam
peperiksaan seperti kata cogan kata , Usaha Tangga
Kejayaan. Oleh itu, belajar menggunakan komputer akan memudahkan pelajar
berjaya dalam pelajaran.
Kesimpulannya, semua pihak perlu
bersinergi bagai aur dengan tebing dan berganding bahu untuk menjadikan komputer sebagai alat
teknologi yang berkesan dalam pembelajaran. Namun begitu, perlu diingat jika komputer digunakan untuk tujuan yang tidak mendatangkan faedah, maka implikasinya sangat buruk. Gunakanlah teknologi komputer sebaik-baiknya supaya kita tidak ketinggalan dalam arus globalisasi masa ini.
terbaik
ReplyDeleteSHARE
ReplyDeleteLol
ReplyDeleteDisamping isi yg menarik terselit juga peribahasa...terbaik
ReplyDeleteKarangan ini sngt membantu sya sbagai pelajar
Karangan tersebut memang tebaik.
ReplyDeleteTak ok but hmm blehlaa
ReplyDeleteX okkkkkkkk
ReplyDeleteTapi
Blehlaa